Sentiasa muhasabah diri...(-.-)

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Alhamdulillah…segala puji-pujian bagi Allah yang masih lagi mengizinkan aku mencoretkan serba sedikit curahan idea dalam mood exam nih.

Apa yang aku nak kongsikan ialah berkenaan dengan pengorbanan. Yelah dalam bulan Zulhijjah yang mulia ni, banyak la diceritakan tentang pengorbanan. Sebelum tu, nak ucap selamat pergi dan kembali buat jemaah haji samada dari Malaysia ataupun bukan dari Malaysia. Semoga mendapat haji yang mabrur.

Pengorbanan….
Semua orang tentu pernah berkorban.Tak kiralah daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besar perkara. 

**************************************************

Mak.......
Banyak berkorban untuk anakmu ini...
anakmu ini susah nak dengar kata-katamu....
tapi...
tu dulu mak...
sekarang anakmu sudah berubah....
anakmu ini dah boleh berdikari....
anakmu ini dah tahu apa itu pengorbanan...
kerana aku punyai adik2 cerminan diriku dahulu.... 

Ayah...
Terlalu banyak jasamu kepadaku...
Tidak terbalas setiap jasamu...
Anakmu ini pernah berdosa denganmu...
Ampunilah aku wahai ayah...
Susah payahmu hanya Tuhan yang tahu...

Apalah daya diri ini...
Sentiasa mengutip pengalaman hidup...
Ajarilah aku hidup yang bermakna...
Supaya senang di akhirat sana...

Hanya kepada Pencipta,
Aku berserah...
Kau hapuskanlah dosa-dosaku...
Ya Allah...
KepadaMu aku berserah.

Kau ampunilah dosaku...
Ampunilah dosa kedua-dua ibu bapaku...
Ampunilah dosa guru-guruku...
Ampunilah dosa sahabat-sahabatku...
Ampunilah dosa kaum keluarga...
Ampunilah dosa muslimin muslimat,
Mukminin, mukminat,
Mujahidin,mujahidah,
yang masih hidup 
ataupun yang telah meninggal dunia.

Sesungguhnya 
kehidupan duniawi ini hanya sementara...
Aku hanya mengharap keredhaan Mu...
Redhailah hambaMu yang lemah ini...


Mak, ayah...redhailah anakmu ini...
"Redha Allah, terletak pada redha kedua-dua ibu bapa..."

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.