Lampu jalan.

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ni aku nak share satu ilmu baru yang baru jer aku tahu. Sedang aku dok perhati ke luar jendela bilik aku yang tenang dan nyaman, ternampak la sebatang tiang yang tegak berdiri di kawasan yang lapang. Rupa-rupanya lampu jalan. Perhati punye perhati, terlintas kat fikiran aku, macam mana lampu ni menyala? Aku create la persoalan ni kat minda aku. Benda simple je kot. Tapi oleh sebab nak tahu sangat2 ni, aku cari la En. Google yang setia ni. Cari la pasal lampu jalan. Berjumpa pulak dengan En. Wiki. Hehe...Banyak stage nak tahu pasal benda ni. 

Taraa..... Akhirnya terjawab la persoalan di minda yang kusut buat kesekian kalinya. (Adoii...bahaye nih, minda kusut!)

Ceritanye macam ni :

Memula kita bagi definisi dulu. 

Lampu jalan merupakan lampu yang ditinggikan di tepi jalan raya, yang akan menyala pada waktu-waktu tertentu pada setiap malam. Lampu moden sekarang ini dihidupkan menggunakan suis peka cahaya ataupun suis pemasa. Cara ini adalah supaya lampu ini boleh menyala pada waktu senja atau semasa cuaca gelap serta dimatikan pada waktu subuh.

Bagaimana lampu jalan ni berfungsi ye??? Perkara itulah yang mengusutkan minda aku. Cari punya cari, nah ini jawapannya.

Seperti yang diberitahu tadi lampu jalan ni dihidupkan dengan suis peka cahaya ataupun suis pemasa.
Di Malaysia, suis peka cahaya digunakan untuk menghidupkan lampu jalan individu yang dipasang pada tiang elektrik di kawasan luar bandar, di mana ia dibilkan kepada pengguna secara kadar rata (flat rate) berikutan ketiadaan meter elektrik (Kesian...)

Di kawasan bandar pulak, suis pemasa digunakan untuk menempatkan meter elektrik. Suis peka cahaya juga ditempatkan apabila suis pemasa gagal berfungsi. Nanti tak de la gelap jalan raya tu nanti. Bagi kawasan bandar yang jauh daripada sumber bekalan elektrik pulak, lampu jalan menggunakan panel solar untuk mengecas bateri yang membekalkan tenaga elektrik kepada lampu jalan tersebut serta dinyalakan menggunakan suis peka cahaya.  Wah! ini jimat. Tapi, kalau tak de matahari macam mane? Hukhuk.....


Terdapat juga kebaikan dan kelemahan lampu jalan ni.

Kebaikannya...

1) Dapat mengurangkan kadar jenayah.
2) Peningkatan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Jenayah yang bagaimana dapat dikurangkan? Tentulah samun, ragut, curi kenderaan atau pecah rumah. Siapa yang nak buat jahat terang-terang ye...

Bagi pengguna jalan raya sekalian, samada pemandu kereta, lori atau bas, tak perlu bersusah payah meninggikan lampu kenderaan anda untuk menerangi jalan raya. Nanti silau la pulak bagi pemandu yang datang bari arah bertentangan dengan anda.

Kelemahannya...

1) Bahaya
2) Pencemaran cahaya

Apa yang bahaya tu? Sebenarnya, pengguna jalan raya juga boleh terdedah kepada kemalangan jalan raya. Aiik.. tadi kata mengurangkan kemalangan. Emmm... Macam ni. Bagi yang rabun malam, situasi ni agak rumit sikit. Anak mata pemandu akan mengecil apabila keluar daripada kawasan yang cerah ke kawasan yang gelap. Jadi, anak mata akan mengambil masa untuk menyesuaikan kembali dengan keadaan yang gelap. Bagi pemandu yang berusia, pemulihan mata untuk menyesuaikan dengan kawasan gelap lagi rendah. Semakin susah la nak menyesuaikan anak mata tu. Aku pernah mengalami kejadian ini. (Waaaa...siannye...). 

Pencemaran cahaya pulak macam mana? 

Siapa yang suka tengok bintang? Saya...Hehe...aku suka...

Bagi ahli astronomi, kerja-kerja mereka akan terganggu dengan keamatan cahaya yang sangat tinggi.  Bagi mengurangi masalah ini, mereka menggunakan lampu natrium yang bertekanan rendah yang digunakan di kawasan yang berhampiran dengan teleskop di balai cerap. Balai cerap boleh menapis panjang gelombang natrium di luar penyerapan mereka serta melenyapkan gangguan daripada pencahayaan bandar berhampiran secara maya.

Begitula serba sedikit cerita pasal lampu jalan. Andai ada terkurang atau terlebih harap maap la ye... 

~Wallahu a'lam~

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas