New experience today....

Dengan nama Allah...
Alhamdulillah...Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku masih lagi dapat menikmati pemandangan   ciptaan Allah ni. Apa yang aku nak cite hari ni ek...
Emmm...hari ni baru je selesai test Introduction To Industrial Chemistry. Test yang paling lambat sekali. Dan yang paling best soalan buat sendiri. Tapi yang tak best berape kerat je yang keluar. Adoy... Redha je la. Bukan nak cite pasal test, tapi ade yg lebih menarik.Hehe... ape ek???
Tadi lepas test aku dgn sahabat aku pergi la makan kat kafe Pak Lah. Alhamdulillah, sedap betul ikan kelinya. Fuh...rase nak tambah...ngee3...Lepas makan tu nak le balik ke kolej...Singgah jap depan koop U tu. Jeling2 skit buku....Dapt beli sebiji.Huhu...Tengah tengok2 buku, ade la Iranian man,kot hehe... bukan Iron man eh...tegur kitorang...dia bagi la salam.Kitorang jawab la. Then, dia speaking BM ngan kitorang. Wah pandai gak. Tergelak-gelak dengar dia cakap. Dia bagi tahu kitorang yang dia tengah belajar bahasa melayu. Bagus la aku cakap kat dia. Belajar benda baru. Ada satu ayat yang dia nak buat, tapi aku dengar cam pelik je. Aku try la betulkan. Bila dia cakap BI baru aku faham, then aku translit BM balik, pastu suka sangat dia. Haha...aku ngan sahabat aku tu gelak sampai keras perut. Aduii...x leh tahan betol...


Tapi, bila fikir2 balik...x baik la gelakkan orang. Emm cam ne kalau orang gelakkan aku? Mesti malu kan. Aku teringat ayat Al-Quran ni maksudnya, "Wahai manusia! Sungguh aku telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yag paling bertakwa. Sungguh Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti." Benarlah kata-kata Allah yang Agung.


Di sini, apa yang penting kita jangan lokek untuk memberikan ilmu kepada sesiapa. Walaupun perkara kecil, mana la tahu bagi orang lain penting. 


Berkenalan lah dengan orang yang bukan sebangsa dengan kita. Tak kira la dari mana sekalipun. Dari situ kita boleh tukar-tukar pendapat dan maklumat. Sesungguhnya, ada hikmah di sebalik ayat-ayat Allah ini.


~Wallahua'lam~


Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.