Meniup wisel

Dengan nama Allah,

Meniup wisel ataupun whistle blowing merupakan pendedahan tentang salah laku dan perbuatan tidak beretika dalam sesebuah organisasi oleh pekerja atau bekas organisasi tersebut. Situasi ini kita dapat lihat di negara kita sendiri. Perasan tak? Jika anda seorang yang sensitif. Ini adalah prosedur di mana jika kita ingin mendedahkan sesuatu kesalahan perlu ada cara yang betul.

Terdapat beberapa ciri-ciri utama dalam perbuatan meniup wisel ini. Di antaranya ialah tindakan mendedahkan. Tindakan ini menekankan tentang bagaimana cara seseorang atau sesuatu kelompok mendedahkan permasalahan yang dihadapi. 

Seterusnya bahan maklumat. Dari manakah sumber maklumat yang boleh didapati untuk mendedahkan permasalahan etika tersebut? Pastilah dari sumber yang boleh dipercayai dan punyai kaitan dengan masalah etika tersebut. 

Selain daripada itu, agen juga penting dalam situasi ini. Agen merupakan orang yang mendedahkan contohnya pekerja atau orang yang mempunyai kaitan dengan organisasi berkenaan. 

Terakhir sekali ialah penerima maklumat iaitu pihak yang boleh mengambil tindakan berkaitan dengan masalah etika samada pihak organisasi itu sendiri mahupun pihak yang ada kuasa untuk mengambil tindakan.

Panduan etika bagi seseorang profesional meniup wisel boleh terjadi dalam tiga keadaan. Pertama, jika kesan perbuatan tidak beretika itu mendatangkan kemudaratan serius kepada masyarakat. Sesuatu masalah jika melibatkan masalah kepada masyarakat, tindakan haruslah diambil kerana perbuatan ini mungkin mendatangkan masalah seterusnya merencatkan aktiviti masyarakat malah mampu mengubah sistem hidup masyarakat. Sebagai contoh, pengamalan rasuah dalam sebuah syarikat pembinaan bangunan. Rasuah di beri untuk mendapat keuntungan secara cepat dan banyak. Sedangkan kerja yang dibuat hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga. Duit dapat tapi kerja terbengkalai. Akibatnya pihak yang memiliki bangunan tersebut akan menerima pada seperti bangunan runtuh, retak dan sebagainya. Situasi ini dah ada di Malaysia.

Kedua, jika keprihatinannya telah diberitahu kepada pihak atasan organisasi. Permasalahan etika itu disedari lantas memberitahu pihak atasan supaya menyelesaikan permasalah tersebut. 

Ketiga, jika pelbagai usaha melalui saluran tertentu dalam organisasi tidak berkesan. Meniup wisel bagi keadaan ketiga ini dilakukan setelah tiada tindakan yang diambil setelah bersusah payah memberitahu pihak atasan tentang permasalah etika seseorang. Pelbagai cara telah diambil untuk membetulkan masalah etika, tetapi masih lagi tiada tindakan. Jadi meniup wisel adalah cara terakhir.

Perbuatan meniup wisel menjadi obligasi moral jika keadaan itu benar-benar berlaku dan polisi syarikat adalah salah. Selain itu, dengan mendedahkan kesalah etika itu dapat menghindari daripada mendatangkan mudarat kepada masyarakat.

Prosedur bagi meniup wisel yang pertama ialah dalam keadaan biasa mulakan dengan menggunakan salurang yang betul dalam organisasi. Jika masalah etika itu timbul dalam sesuatu jabatan, pengaduan hendaklah diajukan kepada ketua jabatan terlebih dahulu. Langkah seterusnya diambil jika tiada tindakan.

Seterusnya kemukakan bantahan segera kepada pihak atasan. Sebarang masalah tidak boleh disimpan lama. Tindakan segera perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah menjadi lebih serius.

Berkaitan dengan masalah etika ini tumpukan kepada isu bukan kepada individu. Menyelesaikan isu adalah lebih utama.

Langkah seterusnya adalah dengan memberitahu ketua secara formal atau tidak formal. Hal-hal yang berkaitan dengan organisasi haruslah diberitahu kepada ketua. Ketua selayaknya tahu permasalah yang berada dalam organisasi tersebut.

Seterusnya, dakwa dengan rekod atau dokumen yang relevan. Pendedahan sesuatu masalah perlulah dengan membawa dokumen atau bukti yang dapat memastikan kesahihannya. Setelah itu hendaklah meminta nasihat daripada rakan sekerja tentang tindakan yang diambil itu.

Sebelum mendedahkan kepada pihak luar, hendaklah membincangkan dahulu permasalahan  diperingkat jawatankuasa disiplin organisasi.

Terakhir sekali, meminta nasihat peguam mengenai perkara yang berkaitan dengan undang-undang.

Masalah etika golongan profesional boleh membawa kepada kerencatan kualiti kerja. Mungkin boleh membawa kepada kemudaratan kepada masyarakat. Setiap permasalahan haruslah diteliti, disiasat, dan diselesaikan dengan cara yang profesional.

#Pemimpin Malaysia mengalami masalah etika? Emmm....

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.