Hikmah tidak susah.

Aku mengerah kudrat  melintasi jalan-jalan yang berbukit. Sekeliling padang yang sekian lama ku lihat semakin tinggi pokok-pokoknya membuatkan diri ini rasa kerdil dengan ciptaan Allah S.W.T. 

Kaki terus melangkah menuruni bukit yang tidak seberapa tinggi. Mengambil jalan pintas untuk sampai ke destinasi. Suasana sunyi. Mana semua orang? Tidur lagikah? 

Kelihatan sebuah motor melintasi jalan. Ada juga orang keluar pagi-pagi ini. Dari surau, mungkin. 

Ku gagahkan jua kaki ini berlari-lari anak. Sudah lama rasanya tidak digunakan untuk beriadah. 

Alhamdulillah. Cuaca baik pagi ini. "Assalamualaikum." Ku sapa seorang gadis yang berselisih denganku. Mungkin baru sahaja menunaikan tanggungjawabnya kepada tubuh untuk sihat.

Kini ku melihat ke kanan, kiri, dan kanan lagi. Melintasi sebuah jalan yang lengang. Ku langkahi dengan perlahan. "Tiada kenderaan yang banyak pagi-pagi ni", aku bermonolog. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Ah, hampir 7.45 pagi. Mungkin aku terlewat. 

Aku teruskan langkahku mendaki kawasan yang agak berbukit. Meredah masuk sebuah kolej kediaman. Seorang lelaki melungsurkan keretanya keluar dari kolej tersebut. "Dia buat apa pagi-pagi ni di kolej perempuan?" Aku bermonolog lagi. Kelihatan sekumpulan atau sebuah keluarga sedang bermain tenis. "Oh, mungkin baru lepas main tenis kot." 

Ku alih pandangan. Kini menatapi bangunan-bangunan yang sudah agak lama terbina. Cantik dan klasik. Aku menaip mesej kepada seorang sahabat supaya bersama-sama menuju ke destinasi. Kemudian kami beriringan ke destinasi.

Setibanya kami di situ, kami memilih tempat yang agak jauh dari sebuah kumpulan.

"Dik, akak rasa kita kena tegur la mereka tu. Selalu sangat akak tengok keluar berdua-duaan. Berkepit je memanjang. Rasa-rasa dah kahwin ke?" Aku memulakan bual bicara setelah air coklat berais itu disedut.
"Mana kahwin lagi tu. Saya kenal dia. Pernah la berborak. Kami dulu sematrik. Jom la kak, kita serbu". Balas Amina. Tegar sangat budak ni nak menyerbu orang.

"Eh, takkan nak serbu kot. Kita nasihat la elok-elok. Kata kenal. Nanti jadi kes gaduh, naya pulak." Aku menenangkan Amina yang nampak seperti nak cari gaduh.
"Hehe, tak dela nak cari gaduh. Saya tahulah nak buat apa. Kan Allah dah pesan supaya nasihat secara berhikmah. Kan, kan, kan. Akak juga yang bagi tahu." Amina pandai bermain kata.
"Pandai pun. Jom kita mulakan langkah kita. Baca Bismillah. Semoga Allah lembutkan hati mereka dan mudahkan bicara kita." Ajak aku tanpa lengah lagi.

" Ok kak. Jom amar ma'ruf nahi mungkar!" Semangat sungguh Amina.

***********************************************************************

"Assalamualaikum. Dania, lama tak jumpa. Sihat ke?" Amina memulakan bicara. Lelaki di sebelah Dania tersipu-sipu malu. Aku hanya berdiri di sisi meja dan sebelah Amina untuk mengawal keadaan. Mungkinkah berlaku provokasi? Mungkinkah pergaduhan? Oh,  tidak. Amina bijak mengawal keadaan.

"Waalaikumussalam. Eh, Mina. Err.. kau buat apa kat sini?" Dania tergagap-gagap menjawab salam.
"Makan la sahabat oii.. takkan joging pulak. Hehe." Jawab Amina selamba.

"Dania, aku nak cakap dengan kau kejap. Meh sini." Amina mengajak Dania ke suatu tempat.
"Nak pergi mana?" Dania bingung.
"Ala, mari la kejap. Kejap je." Amina cuba meyakinkan Dania. Aku hanya melihat tingkah laku Amina. Setelah itu aku kembali semula ke meja makan dan Amina serta Dania meninggalkan lelaki tu keseorangan di meja makan Dania.

"Dania, aku nak bagi tahu kau something. Tapi kau janganlah marah aku. Aku cakap kat kau ni sebab aku sayang sangat kat kau. Walaupun kita tak pernah keluar  makan sama-sama. Macam kau selalu keluar makan dengan mamat tu." Amina berani memulakan ayat bunga-bunganya. Introduction.

"Kenapa ni Mina? Aku ada buat salah apa-apa ke kat kau?" Dania ni tak faham pulak.
"Macam ni. Aku selalu je nampak kau keluar dengan lelaki tu. Korang ni dah kahwin ke belum? Kalau belum kahwin, tak boleh keluar berdua-duaan macam ni. Tak elok. Apa perasaan mak dan ayah kau kalau mereka tengok kau keluar macam ni? Kita orang Islam. Kalau orang lelaki tu minat kat kau and nak jadikan isteri mintalah dengan cara terhormat.  Jumpa wali dan seumpamanya. Ok lah. Aku tak nak bebel panjang-panjang. Kalau nak dengar aku bebel, jemput aku pergi  bilik kau. Hehe." Amina menepuk bahu Dania lembut.

"Mina, aku tak tahulah nak buat macam mana. Nanti boyfriend aku marah aku, acaner?" Dania menggaru kepalanya yang tak gatal.
"Jom, aku tolong cakapkan. Kita tengok, kalau dia marah aku. Kau tinggalkan dia. Kalau tak, aku tahu macam mana nak uruskan hal yang seterusnya." Lantas tangan Dania ditarik menuju ke arah lelaki yang duduk semeja dengan Dania.

Amina dengan beraninya menegur lelaki tersebut.

Selang beberapa minit, Amina menuju ke arahku.
"Macam mana, Mina? Kena tumbuk tak?" Aku bergurau.
"Haha, bisa diatur kak. Dua tiga tahun lagi nikah la mereka tu dengan izin Allah setelah diceramah khas oleh saya." Kagum melihat keberaniannya. Kami sama-sama tersenyum.

Teguran secara hikmah mengikut keadaan mad'u. Hikmah tidak semestinya lemah-lembut. Tidak semestinya tegas. Semuanya memerlukan kepandaian daie melihat keadaan mad'u. Belajarlah secara hikmah Rasulullah S.A.W. kekasih tercinta. Indahnya Islam.


Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.