Di mana aku di saat ummat tenat?

Sakit betul ujian. Ye.. sabarlah Sakinah, ujian itu untuk Allah tengok sejauh mana kesabaran kamu untuk tempuhi ujian tu. Anda yang minta sendiri kan? (Emm..Angguk kepala)

Alhamdulillah, setelah keluar daripada keperitan rohani yang sakit, aku seperti pulih kembali daripada sakit yang tenat. Allah, sakit sangat. Sakit ni lebih sakit daripada demam sekarang ni. Hanya Allah je tahu.

Keperluan untuk muhasabah diri setiap malam. Itu satu amalan yang seharusnya dilakukan bagi menilai diri  apa yang telah kita lakukan seharian. Memang tak terhitung dosa-dosa yang terkumpul. Bertaubatlah segera.

Hidayah Allah untuk hamba-Nya memang tak terjangka. Sayang-Nya pada hamba ini memberikan lagi ruang untuk bertaubat.

Ayuh, kembali semula kepada mood perjuangan! Inilah hidupku. Aku ingin berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Aku ingin merasakan pahitnya perjuangan kerana dicaci maki. Aku ingin merasakan manisnya perjuangan di saat melihat kemenangan pejuang Islam. Aku ingin berada bersama-sama orang yang dijanjikan kemenangan itu. Allah tidak akan memungkiri janji.

Sekian lama menjadi insan yang berada dalam takuk jahiliyah, kini sudah tiba masanya untuk keluar dari kepompong kegelapan. Sudah lebih 20 tahun merasai nikmat keseronokan hidup. Berpoya-poya saat insan kian hanyut dengan pemodenan. Moden itu tidak salah, asalkan ikut syara'. Cukuplah melihat keperitan ummat menanggung azab jahil agama. Cukuplah melihat derita ummat menanggung zalimnya pemimpin. Hentikanlah. Biarkan keadilan mengambil alih. Biarkan suasana harmoni hidup dalam negara ini.

Saat ummat membanting tulang memenangkan Islam, ada lagi pemikiran sempit menyekat penyebaran Islam di bumi ini. Allah, itu menunjukkan belum cukup lagi dakwahku kepada ummat ini!

Berada dalam satu alam yang unik ini, zaman inilah aku diberi peluang untuk mencari dan merasai bagaimana hidup. Inilah hidup. Hidup yang bagaimana anda cari dan mati yang bagaimana anda mahukan. Kerana itu jualah anda memilih untuk bagaimana anda akan dihidupkan semula.

Ada yang kata bodohnya kerja dengan kerajaan tapi sokong pembangkang. Ada yang kata kerajaan yang bagi duit dan bla...bla...bla...
Ada juga yang kata pembangkang ni bukan boleh buat apa pun. Takde duit pon. Nanti bankrup negara kalau pembangkang yang perintah negara ni. Fuhh...

Itulah kalau bercakap kurang panduan. Al-quran jauh diketepikan. Sunnah apatah lagi susah nak ikut. Alam yang unik ini mengajar aku untuk lebih banyak berfikir dan bertindak dengan berhati-hati. Terkadang aku terfikir, kenapa ada orang yang masih menolak Islam? Kenapa masih ada lagi yang tidak mahukan panduan yang boleh membawa kita menuju ke jalan yang benar? Adakah kerana mata mereka sudah dikelabui dengan material. Dikaburi dengan harta, pangkat, anak-pinak dan sebagainya. Benarlah kata-kata Allah dalam surat cinta-Nya. Dunia ini hanya mainan sahaja.

Mengatakan perkara yang benar bukan satu perkara yang mudah. Memerlukan kekuatan untuk menerima sebarang penolakan dan respon orang. Jika baik Alhamdulillah. Jika tidak bersedialah untuk disakiti. Tetapi jangan risau. Allah tidak akan membiarkan kebenaran terkubur begitu. Gagahlah kita untuk berjuang. Kita ada Allah.

Memilih pemimpin ni bukanlah satu perkara yang remeh. Disebabkan keadaan negara kita yang menjalankan proses pemilihan pemimpin melalui pilihanraya maka itulah cara kita untuk berjuang meraih sokongan supaya pemimpin yang qawiyyul amin.

Biarlah siapa diriku ini. Asalkan aku puas rasai nikmat berjuang. Bukan kerana aku sokong pembangkang. Andai pembangkang itu sudah jauh dari al-quran dan sunnah rasul maka aku membangkang pembangkang.


Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.