T_T

Aku masuk ke ruang solat utama masjid. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu mencari telekung untuk digunakan ketika solat nanti. Ada yang terus sarung, ada yang simpan di beg masing-masing sementara mengambil wudhuk. Aku duduk sambil menyandar di dinding. Posisi yang ku pilih adalah berhampiran dengan pintu masjid. Ah, enaknya jika dapat melelapkan mata buat seketika.

Iqamat berkumandang. Aku tidak sempat untuk tidur. Segera aku mengenakan kain telekung dan memasuki saf-saf yang lompang. Alhamdulillah. Saf dirapatkan. Terasa segar. Kekuatan merapatkan saf ketika solat dapat mengecas semula tenaga untuk kembali bekerja.

Usai solat, aku berundur beberapa langkah. Mengambil tempat yang jauh sedikit daripada laluan manusia-manusia untuk keluar. Sekali lagi aku memilih tempat menyandar iaitu tiang. Aku lentokkan kepala sambil mendengar ta'alim yang disampaikan oleh imam solat sebentar tadi. Selang beberapa minit. Ayat-ayat yang disampaikan imam itu menyentuh hati aku. Air mataku tiba-tiba mengalir. Ya Allah. Betapa lamanya aku tidak menghadiri majlis ilmu. Walaupun hanya seketika. Waktu itu dan saat itu ayat-ayatnya betul-betul terkena pada diriku.

Ya Allah, hamba ini lalai. Banyak dosa yang aku lakukan terhadapmu. Aku banyak menzalimi diri sendiri. Kau hadirkan orang disekeliling untuk menegurku. Secara langsung atau tidak langsung.

Air mataku keluar deras sekali. Kali ini tidak dapat ku tahan lagi. Mataku merah. Mengenangkan dosa-dosa yang lalu. Terhadap emak dan ayah ku. Terhadap adik-adik ku. Terhadap sahabat-sahabatku dan terhadap guru-guruku. Banyaknya kekhilafan aku. Malunya diri ini.

Selalu sahaja kau teringat kata-kata ini, 'Bila kita jaga hubungan dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan manusia lain.'

Tiada lain yang aku fikirkan. Betulkah segala amalan yang aku lakukan ini kerana Allah? Adakah aku ini diterima sebagai hambamu, kerana darjat yang mulia sekali adalah Allah menerima diri seseorang itu sebagai hamba sepertimana Rasulullah S.A.W.

Sesungguhnya keampunan dan kasih sayang Allah itu melebihi kemurkaan-Nya. Walaubagaimanapun janganlah mengambil kesempatan dengan melakukan dosa. Allah Maha Melihat setiap perlakuan makhluk-Nya. Allah Maha Mengetahui isi hati dan tingkah laku makhluk-Nya. Jalan menuju hamba yang bertaqwa ini bukan dibentang dengan karpet merah. Jalan ini penuh duri. Jalan yang penuh godaan syaitan dan manusia.

Andai ingin menemui Allah dengan penuh tenang dan kasih sayang-Nya ikutlah jalan kekasih-Nya. Rasulullah khatimul anbiya'. Rasulullah teladan hidup terbaik.

Air mataku diseka. Tenang terasa. Biarpun hanya mendengar peringatan ringkas, namun menyentuh hati. Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada aku untuk kembali ke jalan yang benar. Alhamdulillah.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.