Kenali diri melalui teguran orang lain.

بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap daripada kita pasti tidak dapat lari daripada kesilapan.
Siapalah diri kita jika tidak dinamakan dengan manusia.
An-nisyan yang bisa melakukan kesilapan.
Manusia itu memang mudah lupa.

Allah hadirkan orang-orang disekeliling untuk menegur kita.
Bagi pihak diri kita ini, terimalah teguran itu dengan positif.
Jangan simpan sebarang dendam terhadap orang yang memberi teguran itu.
Maafkan dia jika tersilap.

Binalah diri dengan teguran yang diterima.
Bukan semua orang boleh kenalpasti kesilapan sendiri.
Kadang-kadang perlukan orang lain untuk membantu kenalpasti kelemahan dan kesilapan diri sendiri.
Mintalah bantuan daripada orang-orang yang terdekat dengan diri kita untuk menegur kita.

Terima kasih Allah.

 اللهم صلى على محمد وعلى اله وصحبه وسلم

Popular posts from this blog

Lampu jalan.

Meniup wisel