UJIAN

انا لله و انا اليه راجعون

Ayat itu sahaja yang mampu keluar dari mulut apabila melihat gambar-gambar suasana banjir di Pantai Timur. Ujian banjir yang melanda Pantai Timur khususnya negeri tempat tinggal keluargaku, Kelantan membuatkan aku bermuhasabah diri betapa ujian yang Allah turunkan kepada hamba-Nya adalah untuk mendekatkan diri kepada-Nya. Perit untuk menerima.

Walaupun rumah keluargaku tidak digenangi air bah, tetapi jika dilihat penduduk-penduduk sekitar yang rumahnya ditenggelami air, habis harta benda rosak, mungkin pakaian sekolah anak-anak mereka yang baru dibeli juga rosak dan bermacam-macam lagi perkara yang mengusik hati, timbul rasa sayu jauh di sudut hatiku. Bagaimana hendak memulakan persekolahan anak-anak nanti? Rumah sudah ditenggelami air, jalan darat banyak yang terputus.

Allah, ujian itu bagi hamba-Nya yang kuat, yang tabah, supaya kami lebih kuat dan tabah lagi meminta pertolongan kepada-Mu. Melihat sahaja sudah terasa payahnya. Bagaimana pula dengan mangsa banjir yang menghadapi sendiri ujian ini.

Ya Allah, kuatkanlah hati mangsa banjir tidak kira di mana-mana pun supaya mereka tabah mengharungi saat ujian dari-Mu ini. Bantulah hamba-hamba-Mu yang lemah supaya diberi kekuatan untuk terus hidup dan memakmurkan bumi-Mu ini. Ampunkanlah dosa-dosa yang telah kami lakukan dan segala kemaksiatan yang kami lakukan secara sedar atau tidak. Janganlah disebabkan dosa-dosa kami, terhalang daripada makbulnya doa kami. Maka ampunilah kami wahai Tuhan Yang Maha Pengampun. Sesungguhnya Engkaulah yang menguasai alam ini. Tiada yang mampu menahan limpahan air hujan ini, tiada yang mampu menghalang derasnya arus sungai yang mengalir melainkan dengan kuasa-Mu Ya Allah.

Semoga dengan kesabaran mangsa banjir menghadapi ujian ini, Allah ganjarkan dengan sebesar-besar pahala untuk mereka.

Amin.


Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.