Solat Itu Penting!


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi nikmat yang tak terhitung banyaknya. Sejak kebelakangan ni sibuk mengemas rumah. Tak sempat nak mencoretkan ayat-ayat chenta kat halaman blog ni. Sudah naik lalang agaknye. Akhirnya aku sekeluarga dah mendiami rumah yang sekian lama sepatutnya didiami yang nyaris2 terbengkalai, tapi diselamatkan oleh kami sendiri. Huu…Sodeh bebona cito eh. Tak pe la kita teruskan kepada tajuk utama. SOLAT.
Waktu maghrib tadi ayah aku ajak aku n adik2 aku ke surau yang berjauhan. Kata ayah ada orang mengajar. Maksudnya berkongsikan ilmu di dada. Bahasa orang kat Kelantan ni kot panggil mengajar. Aku n dua orang adik aku ni pun ikut la. Selesai menunaikan solat maghrib, al-Fadhil ustaz menyampaikan tajuk yang hari2 kita lakukan dan ianya amat penting. SOLAT. Ya! Memang solat sangat penting. Dalam kehidupan seharian kita, solat merupakan kunci kejayaan bagi sesiapa yang menunaikan dengan khusyuk dan tawadhuk.
Seseorang bertanyakan kepada Nabi S.A.W. tentang amalan apakah yang paling baik. Maka Nabi pun menjawab bahawa ianya adalah solat. Ditanya lagi sebanyak tiga kali dan dijawab lagi dengan jawapan yang sama iaitu solat. Seterusnya barulah nabi menjawab jihad di jalan Allah. Subhanallah! Betapa pentingnya solat di dalam kehidupan kita.
Solat merupakan faktor utama dalam membentuk peribadi muslim. Jika dilihat daripada aspek pakaian, ketika solat bagi muslimah, memerlukan menutup keseluruhan tubuhnya kecuali muka dan telapak tangan. Bagaimana pakaian muslimah pada akhir zaman? Adakah sama ketika di waktu solat? Mungkin semasa solat memakai telekung, namun masih lagi jarang. Ia masih menampakkan susuk tubuh si pemakai itu. MasyaAllah. Alangkah indahnya jika bertukar kepada pakaian yang diredhai oleh Allah yang menutup seluruh tubuh ditambah dengan saiznya yang longgar dan tidak seksa orang melihat serta diri sendiri pun tak seksa. Ayuhlah muslimah sekalian, lakukan perubahan.
Untuk memilih calon menantu/suami pun kena pilih betul2. Perkara ni agak mustahak juga. Yelah nak jadi imam dalam keluarga, mesti yang menjaga solat. Sebelum melahirkan zuriat yang soleh dan solehah, ibu bapa lah yang mesti terlebih dahulu soleh dan solehah. Lihat senario anak2 muda sekarang. Masih ada lagikah yang solat di masjid atau surau? Di atas jalan raya jadi kutu rayau ada la. Mengapa perkara ini berlaku? Sila lihat kembali institusi kekeluargaan sekarang. Ramai yang bercerai-berai, anak bunuh emak,ayah, dan segala macam pembunuhan la yang ada. Puncanya? Mengambil ringan hal solat. Si ayahnya tidak menasihati isteri dan anak2nya supaya solat. Nak buat baik sorang2. Anak bini tunggang-langgang. Nauzubillah. Semoga dijauhkan.
Bukanlah menantu/suami je yang penting. Nak pilih pemimpin negara pun penting juga. Lihat solatnya dahulu. Memilih pekerja pun begitu juga. Mendengar situasi di sebuah negara Timur Tengah, pemimpin tidak mahu pekerja yang selalu solat. Katanya menyusahkan Asyik nak solat je. Alih2 kerja semuanya lepas kepada tangan orang kafir. Astaghfirullahala'zim… Apa nak jadi dengan dunia sekarang ni? Solat pun menyusahkan? Benarlah kata2 ini: Solat ini perkara yang berat kecuali bagi orang yang khusyuk. Orang yang khusyuk ini yakin bahawa ia akan kembali menemui Allah dan ia kembali.
Ibu bapa yang soleh solehah perlulah mendidik anak-anak untuk memulakan solat sejak daripada usia 7 tahun. Jika sudah berusia 10 tahun dan mereka malas menunaikan solat boleh memukul mereka. Beginilah cara yang diajar Rasulullah S.A.W. Analoginya seperti latihan bermain bola sepak atau apa2 jenis permainan. Ia memerlukan latihan yang kerap. Barulah seseorang itu menjadi hebat. Begitu jugalah seperti solat. Jadi hebat dalam solat kerana dilatih sejak kecil lagi. Subhanallah. Manisnya.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian pada kali ini. Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah. Renung2kan dan selamat beramal.(^_^)





Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.