Salam Maal Hijrah 1432

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, sudah hari kedua di dalam bulan Muharam ni. Pada tahun baru Hijriah ni, apa agaknya azam kita ya? Masihkah mahu meneruskan azam yang tak kesampaian pada tahun lepas? Atau mencipta azam baru? Terpulanglah pada masing-masing yang punyai cita-cita berbeza. Diri sendiri yang menentukan cita-citanya. Tidak kurang juga dengan diri ini. Setiap tahun perlukan peningkatan dalam diri. 

InsyaAllah, perbaiki diri dari semasa ke semasa. Walaupun azam yang dicipta setiap tahun ada yang tidak kesampaian, tidak perlu putus asa untuk mencapainya pada masa akan datang. Mungkin belum ada rezeki dalam masa yang terdekat ini. Sebagai hamba yang lemah, perlulah diingatkan supaya redha dengan setiap ketentuan-Nya. Setiap tindak tanduk kita, tutur kata kita akan dihisab. Walaupun seberat zarah. Subhanallah.

Jadilah hamba-Nya yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah S.W.T.  Tidak terhitung banyaknya nikmat yang Allah kurinakan kepada kita. Betapa pemurahnya Allah. Semoga Allah memberkati hidup hamba-Nya ini. Berdoa, berdoa, dan teruskanlah berdoa...


~Wallahua'lam~

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.