ujian....

Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah rindunya aku padaMu.Rindu nya aku kepada kekasihMu.Rindunya aku pada keluargaku.Apa khabar mereka sekarang?Mak, k.long rindukn mak.k.long rindu nak tengok muka ayah.Kenapa sekarang k.long semakin rindu kat adik2?Kalau boleh k.long nak dengar suara adik2 k.long hari2.Walaupun bising setiap hari,k.long tak kisah.K.long rase sunyi kat sini.Walaupun ramai kawan,tapi k.long tetap rindu kat mak,ayah n adik2.K.long tak pernah rase cam ni...Ya Allah tabahkanlah hatiku di bulan yang mulia ni.Sesungghuhnya kepadaMu sajalah tempat aku mengadu.Walaupun aku tak pernah mengharapkan apa2 daripada keluarga aku,tapi gerakkanlah hati keluargaku terutama sekali emakku untuk mendoakan kesejahteraan anak2nya ini.Ya Allah,Kau lindungilah ahli keluarga daripada segala musibah.Jika itu kehendakmu,aku redha Ya Allah.Lindungilah hambaMu yang lemah ini.

Mak,,,
kak long sayang mak.Kak long nak minta maaf atas segala perbuatan k.long yang membuatkan mak terguris hati dengan k.long.K.long akui memang banyak kesalahan yang dah k.long buat kat mak.Rasa berdosa sangat.Ya Allah Kau ampunilah dosa-dosa emakku.Dia telah melahirkan aku dengan susah payah.Bertarung nyawa melahirkan aku.Kau kasihilah emakku seperti mana dia telah mengasihiku sejak kecil lagi.Susah payah emak n ayah membesarkan aku.Memenuhi keperluanku.Memberi didikan yang sempurna.Bersyukur kepadaMu Ya Allah atas kurniaan dan segala nikmat yang telah Kau beri.


Ayah....
Kak long pun nak minta maaf kat ayah.Ayah selama ni membesarkan k.long dengan penuh kasih sayang.Kak long percaya ayah memang sayang sangat2 anak2nya.Cuma ayah tak cakap.Kak long dapat rasa kasih sayang ayah dalam ketegasan mendidik kami.Walaupun kami nakal tapi ayah sabar.Kak long kagum dengan kesabaran ayah.Pengorbanan ayah tak mungkin dapat di balas dengan segala kekayaan di dunia ini.Ayah bekerja siang malam menyara kami.Walaupun sakit, ayah tetap pergi kerja.Semangat ayah tak pernah luntur.Kak long tengok ayah penat ambil kak ngah n hanan pergi balik sekolah.Tapi ayah tak pernah merungut.Ya Allah,Kau permudahkanlah urusan ayahku.Kuatkanlah semangatnya untuk menempuhi kehidupan yang mendatang.Ya Allah,Kau kuatkanlah imannya dalam mencari ma'rifahMu.Dalam kesibukan ayahku mencari rezeki dari segi kewangan,Kau kurniakanlah nikmat keimanan kepada kami.


Adik-adik...
Buat adik2 k.long yang k.long sayangi semua.K.long nak mita maaf atas segala salah silap yang k.long buat samada sedar atau tak sedar.K.long banyak marah2 korang sume.Korang pun nakal sangat.Cam mane k.long tak marah.huhu....Tapi tak pe ujian tu sume.Sabar je la.K.long harap adik2 sume dengar cakap mak n ayah.Selalu solat.Jangan sekali-kali tinggal solat.Rajin belajar..


Ingatan semua ni untuk k.long juga.Sesame la kite ingat mengingati.Semoga Allah melimpahkan rahmat dan ketenangan kepada keluarga kita.Ameeenn..

Popular posts from this blog

Lampu jalan.

Doa Masuk dan Keluar Tandas