Jika Itu Ketentuan-Nya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Sejahtera ke atas sahabat2 junjungan baginda.

Memang hidup ni banyak ujian. Kalu x de ujian buat apa kita diciptakan? Siapa yang nak kena timpa ujian? Adakah pokok? Kucing? atau pasu bunga? hermmm...Siapa lagi kalau bukan manusia. Allah dah jadikan kita ni sebaik-baik manusia. Kita hanya mampu memohon kepada-Nya supaya diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini.

Allah tak akan memberikan ujian diluar kemampuan hamba-Nya. Pemurah tak Allah? Penyayangkan Allah? Adilkah kita jika kita menyalahkan Pencipta kita jika ditimpa musibah? Astaghfirullahal'azim. Siapa kita nak menyalahkan Yang Maha Kuasa itu? Allah turunkan semua ujian kepada kita tanda Allah sayang kita. Allah ingat kita. Sekali lagi nak ditegaskan kat sini bahawa semua yang kita lalui sudah ditentukan oleh Allah. Kita hanya mampu merancang. Kita tidak bolehlah berputus asa dengan ujian yang menimpa. Kita kena wajib mengimani rukun Iman yang keenam iaitu percaya kepada Qada' dan Qadar.

Walau siapa pun kita, sedarlah bahawa kita ini adalah hamba-Nya yang lemah. Kita boleh ditarik nyawa bila-bila sahaja. Tak mustahil semua tu.

Wallahua'lam...

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.