Kem Kembara Muslim.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam yang masih mengizinkan hambaNya bernafas dan terus memberi nikmat. Maha Suci Allah Yang Maha menciptakan segala makhluk di alam ini. Siapalah kita jika tanpa penciptanya?Siapalah kita jika tidak dikurniakan nikmat yang melimpah ruah?Siapalah kita jika tidak dilahirkan dalam Islam? Bayangkan jika kita tidak mendapat semua nikmat yang dinyatakan? Mampukah kita hidup bernafas di muka bumi pinjaman Allah ini?Layakkah kita? Kita haruslah bersyukur atas  nikmat dan kurniaan yang diberikan. Allah telah ciptakan kita sebagai Da'i yang diamanahkan untuk menyampaikan amanat dan meneruskan perjuangan Rasulullah S.A.W.


Sahabat-sahabat...
Perjuangan kita masih panjang,
Teruskan perjuangan,
Janganlah berputus asa walau apa rintangan sekalipun,
Allah akan bersama kita
untuk menegakkan keadilan
di bumi bertuah ini.
Sabar menghadapi dugaan,
tabah menempuhi perjuangan,
Hati ini milik pencipta,
Serahkan dengan sepenuh jiwa raga.
Biarlah kolam air mata itu
kerana Dia yang Pengasih,
Biarlah tangisan rindu itu
untuk Dia yang Penyayang,
Biarlah senyum tawa itu
kerna Dia yang Pemurah,
Hati ini milik Tuan yang memahami hambaNya,
Korbankan jiwa
Korban tenaga
Korbankan harta
Korbankan segala-galanya 
untuk Dia yang mencipta kita 
Selayaknya hati ini hanya untuk Dia......
Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.