Siapakah Kita???

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Bersyukur kerana masih lagi dapat mengisi ruangan aku ni. Aku nak timbulkan satu persoalan yang yakni akulah jua penjawabnya... Siapakah kita? Mudah saja soalannya. Bila difikirkan kembali, siapa aku ni kan? Apa yang aku buat kat sini? Maknanya atas dunia la. Kenapa aku diciptakan? Emmm...banyak pulak soalan kat situ. Tapi tak pe,semuanya ada kaitan. Soalan berangkailah kirenye...


Ni nak jawab pulak...


Allah telah berfirman dan ayat-Nya terakam di dalam Al-Quranul Karim yang bermaksud: "Aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku". (Az-zariyat: 56)


Jadi, apa yang dapat dihuraikan serba sedikit ialah tidaklah kita ini diciptakan melainkan untuk beribadah dan menghambakan diri kepada Pencipta kita satu-satunya, Allah S.W.T. Kita boleh perhatikan dan fikirkan kembali apa yang patut & mesti kita lakukan sebagai hamba Allah? Bersyukur! Banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda kesyukuran kita kerana diciptakan dan dapat menikmati bumi Allah ini. Renung-renungkan kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang kita menjadi hamba Allah. Salah satu cara yang kita lakukan dan setiap hari & wajib melakukannya ialah solat. Solat menjadi satu medium untuk berhubung dengan Pencipta & memohon apa-apa sahaja yang kita hajati. Berdoalah & mohonlah kepada Allah, nescaya akan dimakbulkan doa itu.


Tapi, lihat sahaja umat zaman ini. Adakah mereka bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang? Sedarkah mereka dengan masalah-masalah yang melanda dunia ini? Aduhai umat akhir zaman! Siapakah yang patut dipersalahkan?


Apa yang aku perhatikan disekililing aku sendiri, terutama sekali anak muda. Ramai yang kurang sedar dengan nikmat yang telah diberikan. Jika ada ujian yang menimpa mereka sering kali mempersalahkan orang lain dan mudah berputus asa dengan ujian yang melanda. Sedihnya, ada juga yang tidak mengendahkan nasihat untuk memperbaiki diri mereka sendiri. Ibarat mencurah air ke daun keladi. Tidak lekat di hati untuk menerima nasihat. Anehnya pula, perkara-perkara buruk & mungkar mudah pula diterima. Zaman sudah kembali kepada zaman Jahiliyah. Cara hidup masyarakat Jahiliyah kini kembali menyusuri kehidupan. Benarlah dunia ini ibarat roda. Sejarah lama berulang kembali. Tetapi, kenapa sejarah lampau yang tragis & buruk berlaku? Kenapa tidak kegemilangan Islam? Di manakah pahlawan-pahlawan Islam yang gagah berani? Tidak mahukah darah-darah perjuangan yang diwarisi oleh tokoh-tokoh masyhur mengalir ke dalam tubuh kita?


Sahabat-sahabatku, rakan-rakan seperjuanganku. Sahutlah seruan ini. Kita diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Mentadbir alam ini dengan penuh adil & saksama. Lihatlah kembali remaja-remaja zaman Rasulullah S.A.W. Apakah sumbangan mereka untuk Islam? Tidak mahukah kita mengikut jejak langkah mereka? Fikir-fikirkanlah kembali.


Kesenangan yang kita kecapi di dunia ini hanya sementara sahaja. Ingatlah bahawa kampung akhirat kekal selamanya. Apakah amalan yang akan kita bawa untuk ke sana? Cukupkah dengan amalan yang ada di dunia ini.


Aku juga mengingatkan diri ini supaya sentiasa muhasabah diri. Fikirkan kembali apa yang telah kita lakukan sepanjang hidup kita...Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.