Peritnya sakit ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Sakitnya roh ini apabila sudah lama tidak diberi makanan.
Sakitnya roh ini apabila sudah lama tidak pergi ke kuliah ilmu.
Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Aku memohon keampunan daripada-Mu Ya Rabb.
Aku memohon dikuatkan hati ini menempuhi ujian ini.

Benarlah jika tiada kekuatan cinta terhadapmu,
Dirasakan kaku seluruh tubuh.
Dirasakan hati ini seakan-akan tidak bernyawa.

Jiwa yang gersang amat sukar untuk dihidupkan,
Hati yang kotor mudah sekali lalai dengan perkara-perkara duniawi,
Infaq yang kurang membuatkan diri sentiasa sombong,
Hapuskanlah kekikiran daripada diri ini.

Manusia memang sentiasa lalai,
Manusia memang sentiasa sombong,
Manusia memang sentiasa khilaf,
Manusia memang begitu.

Ya Allah,
setiap doa yang aku pohon daripada-Mu memang sentiasa diuji,
Sejauh mana aku menempuhi ujian permintaanku itu,
Kau uji jua.

Di minta kuatkan iman,
Kau uji,
Di minta kuatkan ikatan persahabatan,
Kau uji,
Di minta perbaikan akhlaq,
Kau uji,
Di minta dijauhi dengan perkara mungkar,
Kau uji.

Wahai Yang Maha Pengasih,
Kau tahu keupayaan hamba ini,
Kau kuatkanlah daku untuk menempuhi ujian-ujian itu.

Mana mungkin dikatakan beriman, sehingga belum diuji.

Popular posts from this blog

Lampu jalan.

Doa Masuk dan Keluar Tandas