Ini jalanku

"Emak, kakak tak balik cuti ni. Minta maaf ye. Kakak ada tanggungjawab besar yang kena selesaikan di sini." Beritahuku.
"Tak pelah, mak faham. Jaga diri elok-elok. Jaga solat tu. Nanti apa-apa hal bagitahu lah ye." Emak yang penyayang. Emak yang prihatin. Tidak pernah lupa memberi peringatan. 

Walaupun acapkali diucapkan setiap kali rindukan suaranya, aku tidak pernah jemu. Kalau boleh hari-hari ingin berdamping dengan pemilik suara itu. Tetapi apakan daya, tuntutan  menuntut ilmu lebih daripada segala-galanya. Itulah pesanan keramat yang menjadi sumber kekuatanku. Biar aku berkorban susahnya menuntut ilmu daripada susahnya bodoh akibat tidak menuntut ilmu.

Suasana sepi. "Kenapa tak balik lagi?" Aliya menyoalku. Tersedar dari lamunan, aku memalingkan badanku menghadap Aliya yang berdiri di belakangku.

"Subhanallah, cantikkan pemandangan petang ni? Allah jadikan alam ini untuk mata kita nikmati keindahannya." Aku mengubah tajuk.

"Subhanallah, tapi kan kau tak jawab soalan aku lagi. Kenapa tak balik lagi?" Aliya mengulang soalannya.

"Oh, aku ada kerja sikit kat sini. Nanti cuti akan datang aku balik la.

"Emm, yelah. Kau ni selalu je macam ni. Tiap-tiap kali nak balik je, banyak pula kerja. Tak kesian kat mak ayah kau ke?" Aliya mula nak psiko aku.

"Pasal aku kesian la aku tak balik. Kalau aku balik, aku duduk rumah je. Tengok TV, hadap komputer dua, tiga jam. Banyak kot godaan kat rumah. Kerja-kerja rumah tu aku boleh je pass kat adik-adik aku yang rajin tu." Aku mula mengeluarkan hujah.

"Kau nak buat apa kat sini? Kerja apa yang kau nak buat?" Aliya cuba mencari kepastian. Mungkin bimbang sahabatnya melakukan perkara yang bukan-bukan.

"Aliya, kau jangan risau. Pandai la aku jaga diri. Aku nak manfaatkan masa yang ada untuk berkhidmat untuk Islam.Masa inilah yang aku ada untuk mengerahkan tenaga aku, menyumbangkan kemahiran yang aku ada. Tak guna kalau kita ada tenaga, tapi disia-siakan. Bukan aku tak nak balik. Aku nak sangat. Biarlah dengan sumbangan aku yang sedikit ni dapat tolong mak dan ayah aku beroleh saham di akhirat kelak. Itu je yang aku mampu tolong mak dan ayah aku. Kau tahu kan, jasa mak dan ayah tak mampu kita nak balas walau seisi dunia sekalipun.

"Betul juga tu. Baiklah kalau macam tu. Aku tak de lah nak halang kau. Cuma aku risau apa-apa jadi pada kau. Yelah zaman sekarang ni kan. Bukan boleh jangka apa terjadi. Macam-macam. Kalau kau buat perkara baik, InsyaAllah, Allah akan tolong kita. Ye kan?" Kata Aliya sambil tersenyum.

"Pandai pun," aku turut tersenyum.
***********************************************************************
Dakwah Islam, bukan senang nak disebarkan. Bukan mudah nak bagi orang faham kerja ini. Berapa ramai yang boleh tanggung kerja ini? Rasulullah SA.W. kekasih Allah yang tercinta pun menerima tentangan daripada kaum kerabatnya sendiri. Baginda pun menerima ujian, malah teruk lagi daripada kita. Itu ujian yang diberikan setara dengan imannya. Allah akan uji orang yang beriman dan setaraf dengan imannya. Mampukah kita menghadapi atau hanya mampu lari dari ujian itu? 

Inilah jalan dakwah. Jalan menuju syurga itu sangat pahit bagi orang yang ingin merasai nikmat syurga yang manis.


Popular posts from this blog

Lampu jalan.