Secebis Ihsan

Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang masih membenarkan hamba ini menggunakan kudrat yang ada mencoretkan idea di sini. Gunakan nikmat pancaindera yang telah diberikan. Mari kita lihat suasana dunia sekarang. Pemimpin telah menjadi seperti singa kelaparan. Tidak keterlaluan jika dikatakan zalim. Di mana lagi ruang untuk rakyatnya mengadu nasib? Macam hamba yang lemah ini, hanya boleh memberi komentar di blog sahaja. Jika diizinkan Allah, mahu sahaja berhadapan dengan mereka.

Isu di Mesir, demonstrasi terhadap Presiden Hosni Mubarak. Rakyat memprotes supaya beliau berundur daripada tampuk pemerintahan negara itu. Sebabnya, pemerintahan kuku besi disamping menjadikan Amerika Syarikat sebagai tulang belakang pemerintahan beliau. Bila sudah meminta bantuan negara kuasa besar itu, tidak hairanlah pemerintahannya seperti singa kelaparan, malah kucing yang jinak pun boleh menjadi garang. Manakan tidak, penyakit umat sekarang al-wahn. Gila segala-galanya. Korupsi dikalangan sesetengah pemimpin. Masalah sosial dikalangan sesetengah remaja.

Buat sahabat-sahabat seperjuangan yang berada di Mesir terutamanya, hamba ini ingin meluahkan rasa simpati walaupun tidak seberapa. Ingin ke sana diri ini tidak mampu. Sekadar menyoroti khabar berita sahaja.   Ingatlah Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang membenarkan-Nya dan menegakkan Ad-dinnya.

Di tanah air ni pun tidak kurangnya, cuma demonstrasi seperti di Mesir masih belum mengganas. Tahap kesabaran rakyat jelata masih lagi ada batasnya. Semoga Allah menetapkan hati-hati hamba-Nya.

~WALLAHUA'LAM~

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.