Menguasai Dua Ayat (1)


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang masih lagi mengurniakan kepada hamba untuk menempuhi kehidupan ini. Mungkin belum terlambat lagi untuk mengucapakan Selamat Tahun Baru 2011. Semoga pada tahun ini bertambahlah kecintaan kepada Allah S.W.T.

Bercerita mengenai dua ayat yang ajaib. Apakah dua ayat yang ajaib itu? Pagi tadi, pada jam 8.00 pagi, aku menjengah ke ruangan menonton televisyen untuk mengisi masa yang terluang. Tengah sibuk menekan butang untuk menonton siaran yang menarik, walaupun hati ini selalu mengungkap “Apalah yang ada kat TV tu,” aku terhenti di siaran TV9, Dekat di Hati. Waktu itu rancangan  Muqaddimah sedang di tayangkan. Melihat penyampai pada waktu itu ialah Dr. Danial Zainal Abidin, aku mengambil keputusan untuk bersarapan di hadapan TV sahaja.

Tajuk yang di kongsikan pada hari yang redup dan berangin ni, ialah Menguasai Dua Ayat. Dua Ayat. Apakah ayat-ayat itu. Dari tadi lagi tanya. Tak jawab-jawab. Hehe...

Ayat yang pertama ialah ayat Al-Quran. Tidak dapat dinafikan lagi ayat-ayat yang terkandung di dalam Al-Quran ini mempunyai keajaiban. Tidak perlu diragui lagi isi-isinya seperti mana yang telah diturunkan kepada kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W. Surah Al-Baqarah ayat yang kedua.

Ayat yang kedua pula ialah ayat-ayat alam. Bagaimana pula ayat-ayat alam ni? Maksudnya ialah bukti kebesaran Allah yang dizahirkan di alam semesta ini. Walhal, diri kita sendiri merupakan bukti kebesaran Allah S.W.T.

Walaupun hanya dua ayat, tetapi intisarinya sangatlah mendalam. Kebesaran Al-Khaliq dapat di jumpai dalam surah Al-Mu’minun bermula daripada ayat  12. Bukanlah surah Al-Mu;minun sahaja, bahkan banyak lagi ayat-ayat Al-Quran mempunyai bukti kebesaran Allah.

Sebagai hamba-Nya, haruslah kita menguasai dua ayat ini. Barulah timbul keyakinan dan peningkatan iman dalam kehidupan.

Masih banyak lagi perkongsian yang belum terungkap. InsyaAllah, akan bersambung.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.