Ujian lagi.....

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Allahu Akbar.
Ujian lagi...
Apa yang aku alami sekarang mungkin tak seteruk ujian bagi saudara-saudaraku di Palestin.
Ujian bagi aku untuk memilih. Sesungguhnya Engkau tahu Ya Allah, aku tidak suka memilih. Tetapi Kau berikan ujian ini untuk menguji hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau mahu menilai kesabaranku. Mahu menilai diriku sejauh mana aku mampu memikul ujian-Mu ini. Aku percaya Kau tak akan membebani hamba-Mu ini melebihi kemampuannya. Apa-apa yang kau berikan ini pasti ada hikmahnya.


Sekarang ni aku masih lagi perlu memilih. Dalam keadaan terpaksa atau rela? Aku kena pentingkan siapa? Diri aku? Sahabat-sahabat aku? Dalam perjuangan di jalan-Mu ini ada halangannya. Aku boleh mempengaruhi siap? Maksud aku, siapa boleh aku bawa bersama-sama aku berjuan atas jalan-Mu? Kenapa aku sahaja yang perlu fahami hati orang lain? Siapa yang faham hati aku? Ternyata hanya Engkau Ya Allah. Oleh itu, berikanlah aku petunjuk agar aku benar-benar tahu di manakah perlu aku berada?


Kenapa masih lagi ada persimpangan dalam menegakkan agama-Mu? Kenapa aku harus memilih? Arggh...agak sukar untuk aku nyatakan apa maksud sebenar ku ini... Aku hanya boleh memohon kepada-Mu. Hanya Engkau sajalah yang mampu membantu aku. Sukar untuk aku mempercayai orang lain. Tapi kenapa? Kenapa aku tak boleh mempercayai orang lain? Ternyata aku tak sanggup kecewa dengan kenyatan mereka. Aku tak mahu dengar apa yang mereka katakan. Ego juga aku ni. Jadi bagaimana aku ingin menyelesaikan masalah aku ni? Hanya Engkau yang tahu Ya Rahman, Ya Rahim...Kau yang menurunkan ujian dan Kau jua yang menarik kembali ujian itu...


Wallahua'lam...

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.