Hati...hati...hati...

Hati?
Siapa ada hati?
Dalam hati ada apa?
Kenapa rasa susah hati?
Kenapa rasa senang hati?

Semuanya dari hati.
Kalau hati baik, baik lah orang tu.
Kalau buruk?
Buruk la kot? 
Emm...tanya la hati...

Hati, hati...
Kau rasa senang tak sekarang?
Warna kau sekarang warna apa?
Merah lagi ke?
Atau dah ada tompok-tompok hitam?
Atau dah habis hitam?

Macam mana nak tukar warna semula?
Hitam nak tukar jadi merah?
Macam susah je...
Nak cat ke?
Minum air sirap banyak-banyak?
Cam tu?

Hai lah hati,
Bertuah kau berada dalam tubuh, 
Yang tahu menggunakan dan menghargai kau.
Kemudian kau pandu tubuh tu ke arah yang betul.

Arah yang betul?
Arah mana?
Utara?
Selatan?
Timur?
Barat?

Bukan arah tu la...
Kita ada Allah.
Ke arah-Nya sajalah kita tuju.
Kepada-Nya sajalah tempat kita mengadu.

Kau faham tak hati?
Kau diciptakan untuk memahami perintah Allah.
Tinggalkan larangannya.
Faham...faham...dan faham...

Fikir banyak-banyak kali kalau nak buat sesuatu.
Jangan ikut nafsu saja.
Peranan kau hati.
Tentukan yang mana baik.
Yang mana buruk.

Jagalah hati, jangan dikotori.






Popular posts from this blog

Lampu jalan.