Peranan manusia

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Alhamdulillah...Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi. Aku masih lagi dapat mencapai laptop ni..Dengan nikmat yg diberikan oleh Allah, dapatlah kiranya aku berkongsi serba sedikit ilmu yg tersemat di dada ni. Selain berkongsi kena la amalkan. Bukan cakap je." Ilmu tanpa amal, ibarat pohon tanpa buah."

Jadi, sebagai hamba Allah, di mana Allah berfirman;
"Tidak aku ciptakan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah kepada-Ku." (Az-Zariyat:56)
Hendaklah mentaati perintah Allah. Segala arahan Allah hendaklah dituruti. Wajib ke atas kita mentaati semua perintah-nya. Takkanlah arahan manusia kita boleh ikut, arahan Allah yang mencipta kita dan boleh saja menarik balik segala nikmat & nyawa kita bila-bila masa, kita tak mahu patuhi. Fikir-fikirkan kembali.

Peranan yg paling penting bagi kita untuk menegakkan syiar Islam adalah sebagai da'ie. Setiap hamba Allah digalaskan tugas menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. "Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh  kepada yang ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung." (Al-Imran:104). Hendaklah setiap ummat menaympaikan risalah yang disampaikan Rasulullah S.A.W. yang dibawa oleh Baginda. Itulah amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Dan ingatlah setiap amalan kita dimuka Bumi ini akn depersoalkan oleh Allah di akhirat kelak.

"Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat."

Wallahua'lam.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.