Bicara bisu tanpa gula

Bicara bisu

Lidah
Senjata tajam yang mampu menikam hati manusia
Baik mahupun buruklah nilaian tusukan itu
Bak kata orang Inggeris "Speak is silver, silent is gold"

Bila diam membungkam dikatakan emas dalam mulut
Bicara apakah yang mahu dituturkan andai topiknya sia-sia
Daripada mengeji, mengumpat, mencela
Lebih baik mulut ini tertutup membisu

Jangan mendiamkan diri tidak bertempat
Jika ada yang inginkan nasihat silalah beri
Sedaya upaya

Hati ibu bapa boleh terluka dengan cemuhan anak
Hati anak boleh terluka dengan sindiran ayah bonda
Hati isteri terluka sindiran suami
Hati suami terluka sindiran isteri
Bagaimana mahu rumahtangga yang harmoni?

Yang menegur berbudi bahasa
Yang ditegur berlapang dada

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.