Bila aku pelihara kucing

Assalamualaikum...

Tajuk macam karangan SPM. Dah lama rasanya tak menaip depan dekstop. Besar pulak tu. Hoho. Pinjam dekstop orang.

Nak cerita pasal kucing. Sekarang ni ramai yang menjadi pencinta haiwan, lebih-lebih lagi kucing yang comel, cute, gebus gebas bagai. Aku salah seorang daripadanya. Sebelum ni mana pernah terfikir nak jaga kucing. Kalau kucing datang ke rumah jangan harap dapat masuk. Mak aku tak suka. Takut berak kencing merata-rata. Jadi, kalau kucing datang boleh bagi makan kat luar rumah je. 

Masa aku di matrikulasi, tetiba jadi takut dengan kucing. Sebab utama, dia kacau aku masa makan. Boleh pulak dia main tudung aku. Fobia habis. Bila di uni pulak, okey sikit la. Dah kurang la masalah fobia kucing ni. Fobia tak seteruk mana pun sampai tak boleh nampak, takut kena cakar je.

Bila tengok kucing ni dapat hilangkan stress sebenarnya. Kecomelan kucing tu yang membuatkan aku suka tengok kucing. Bila baca sedikit sebanyak pasal kucing memang ada kajian yang mengatakan kucing dapat mengurangkan stress. Sejak aku berkahwin, aku ada menyuarakan hasrat untuk memelihara kucing pada suami aku. Yelah, mana taknya, kalau pergi kedai kucing tengok kucing comel-comel mana nak tahan. Geram nak satu. Suami aku suruh aku habis belajar dulu baru boleh jaga kucing. Sabar la sekejap.

Sekarang, kami ada dua ekor kucing, seekor kucing Persian dan seekor lagi kucing mix Persian dengan apa tak tahu. Hehe.

Diba

Debo


Kehadiran dua ekor makhluk ni memenuhi hari-hariku. Muehehe. Ada la kerja yang nak dibuat. Uruskan kucing selain menguruskan rumahtangga. Bila kami keluar kemana-mana rasa tak sabar nak balik rumah semula. Rindu pulak bila tinggalkan #debodiba ni. Cukuplah setakat ini dahulu. Bila-bila masa lapang nanti aku cerita lagi tentang bila aku pelihara kucing ni.

Sekian, feel free to read.

Popular posts from this blog

Lampu jalan.

Doa Masuk dan Keluar Tandas