Kepentingan solat 5 Waktu
Allahu
Akbar…!!! Allahu Akbar…!!! Allahu Akbar….!!!
Dengar
sahaja azan berkumandang, bingkas bangun mengambil wudhu’. Itulah kewajipan
sebagai umat Islam. Perkara ini tidak boleh dipandang remeh. Solat adalah
perintah daripada Allah S.W.T.
“Sesungguhnya solat itu mencegah
daripada perbuatan keji dan mungkar.Dan ketahuilah mengingat Allah (solat) itu
lebih besar (keutamaannya daripada ibadah yang lain).” (Al-Ankabut: 45)1
Demikianlah
perintah Allah daripada ayat-Nya. Sesungguhnya solat itu mencegah daripada
perbuatan keji dan mungkar.
Sebelum
pergi jauh lagi, mari sama-sama meneliti maksud solat. Solat dari segi bahasa
ialah doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Daripada istilah syarak pula, solat
bermaksud perkataan, perbuatan yang dimulakan dengan takbir berserta niat
diakhiri dengan salam mengikut syarat-syarat yang tertentu2. Jika
kita perhatikan semula pergeraka-pergerakan ketika solat, ia mempunyai
hikmah-hikmahnya tersendiri. Bersyukur diberikan kefahaman tentang Islam, kerana
dapat memahami dan memerhati kelebihan-kelebihan solat itu sendiri.
Lihat sahaja umat manusia akhir zaman ini.
Macam-macam ragam. Macam-macam kemungkaran dan kemaksiatan yang telah mereka
lakukan di muka bumi ini. Lebih-lebih lagi golongan remaja yang kebanyakannya
terdiri daripada mahasiswa. Agak memalukan jika kita lihat kelakuan mereka. Di
mana letaknya akal mereka? Berbaloikah dengan menggenggam segulung ijazah
tetapi solat tidak gah? Berbaloikah menjadi pemimpin, tetapi diri tidak
dipimpin. Tetapi, bagaimana hendak pimpin diri?
Subhanallah!
Apabila diperhatikan semula keajaiban solat, tidak dapat disangkal lagi.
Terdapat banyak kelebihannya. Salah satunya ialah memelihara diri daripada
perbuatan keji dan mungkar. Selain itu, segala tingkah laku kita adalah
cerminan daripada solat kita sendiri. Jika sempurna solat seseorang itu, maka
sempurnalah akhlaknya. InsyaAllah.
Solat
juga merupakan tiang agama. Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Islam didirikan dari lima sendi:
mengaku bahawasanya tiada Tuhan yang sebenar-benarnya disembah melainkan Allah
yang Maha Esa, mengaku bahawasanya Muhammad itu pesuruhNya; mendirikan solat;
mengeluarkan zakat; mengerjakan haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan.”3
Sudah
banyak penjelasan yang diambil daripada Al-Quran dan hadis-hadis tentang
kewajipan solat. Mana tidaknya, solat merupakan perkara pertama yang akan di
soal di dalam kubur kelak. Malanglah bagi sesiapa yang mengambil ringan akan
solat ini. Satu lagi perkara yang berkaitan dengan solat ini ialah solat pada waktunya.
Seringkali
kita lihat manusia sentiasa sibuk dengan kerjanya sehingga terlupa hendak
solat. Kadang-kadang, terleka dengan hiburan. Tidak seharusnya perkara ini
berlaku. Pentingkan hiburan sehingga lalai untuk solat. Dalam konteks sebagai
seorang mahasiswa, tidak wajarlah kita meninggalkan solat di mana ia
merupakan medan berinteraksi dengan
Pencipta. Mudah dan tidak mengeluarkan apa-apa kos. Sebaik-baik amalan yang
dikerjakan ialah solat lima waktu. Sebanyak mana amalan seseorang itu, jika ia
meninggalkan solat lima waktu sia-sia semuanya.
Kita
boleh lihat, jika solat dalam waktunya yakni menyegerakan solat, ia menunjukkan
bahawa seseorang itu menepati masa. Daripada amalan inilah kita sentiasa boleh
menepati masa apabila berurusan dengan orang lain. Betapa indahnya Islam.
Mengajar kita melalui solat. Sifat sabar juga daripada solat. Solat yang
seperti ayam patuk padi menunjukkan seseorang itu tergopoh-gopoh membuat
sesuatu. Buruk kan? Tidak mahukah menjadi penganut agama Islam yang dihormati?
Dengan solat ini sahaja pun orang dapat menilai akhlak kita. Sabar, tepati
waktu dan segala kebaikan yang tidak ramai orang nampak daripada solat.
Jadi,
bersama-samalah kita menegakkan syiar Islam. Walaupun nampak macam susah,
tetapi ianya bermula dengan diri kita sendiri. Mendirikan solat tanda-tanda
orang berjaya. Menegakkan agama Allah, tanda-tanda orang berani. Meninggalkan
larangannya, tanda-tanda orang taat. Segalanya bermula dengan solat. Solat
pemacu kegemilangan.
Wallahua’lam.
salam
ReplyDeletehilang tiang, runtuh diri...
Salam...
ReplyDeleteTiang yg teguh menjadikan binaannya ttp utuh berdiri walau dilanda tiupan angin kencang..itulah perumpaan solat yg khusyuk...insyaAllah..