Rindunya padamu.


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, segala pujiian bagi Allah. Masih lagi memberi nikmat keimanan pada hamba ini. Nikmat yang paling berharga. Tidak dapat dibayagkan jika nikmat ini ditarik. Nauzubillah.

Cuba ingat kembali, siapa lagi kita patut cintai? Satu lagi bentuk kecintaan yang tak dapat diungkap dek kata-kata. Ya Rasulullah, kekasih Allah. Muhammad Bin Abdullah, manusia paling berpengaruh dan contoh ikutan paling ulung sepanjang zaman. Mari singkap kembali kisah-kisah perjuangan baginda. Mari semai semula kecintaan terhadap Nabi Muhammad S.A.W.

Cintai Rasulullah

Bagaimana ingin mencintai Rasulullah? Amalkan sunnahnya. Begitu senang untuk diungkapkan dan sudah pasti senang juga untuk dilaksanakan. InsyaAllah.
Ingatkah kita kepada peperangan Badar? Perang pertama dalam sejarah Islam? Ya. Perang itulah Allah menangkan Islam. Rasulullah memohon kepada Allah supaya Islam menang. Masakan tidak, bolehkah kita nikmati Islam sehingga saat ini? Jika Islam tidak menang di peperangan Badar, kafir akan bermaharajalela. Tidak dapat dibayangi. Hargailah perjuangan itu.

Perjuangan Rasulullah tidak berhenti di peperangan Badar sahaja. Sepanjang kehidupan baginda, baginda diuji. Setiap nabi yang diutuskan Allah pasti akan diuji. Peritnya ujian yang dihadapi Rasulullah untuk umatnya. Dipulau, dimaki, dihina, dibaling dengan najis. Perit bukan? Untuk apa Rasulullah diperlakukan seteruk ini? Kerana apa? Tidak lain hanyalah untuk menyeru ummatnya supaya menyembah Allah.
Kisah yang sampai sekarang hamba ini ingat. Apabila Rasulullah di baling najis unta, anaknya Fatimah membersihkan badan ayahnya sambil air matanya berlinangan. Sedih tidak terkira ayahnya diperlakukan sedemikian rupa. Walaubagaimana teruk Rasulullah diperlakukan, baginda tetap sabar. Baginda tetap menunjukkan akhlak yang baik.
Satu lagi kisah di mana seorang wanita meletakkan halangan berbentuk najis atau duri di jalan yang selalu Rasulullah lalui. Rasulullah tidak pernah memarahi wanita tersebut. Satu ketika wanita tersebut jatuh sakit. Rasulullah hairan. Kenapa tiada najis atau duri pada hari itu. Setelah mengetahui keadaan wanita tersebut, Rasulullah terus menziarahi beliau. Betapa tingginya akhlak baginda sehingga wanita itu pun memeluk Islam. Subhanallah. Tarbiah dari Allah. Akhlak Rasulullah beracuankan Al-Quran.

Rasulullah diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Baginda adalah ikon yang sepatutnya menjadi ikutan setiap manusia. Bagindalah contoh bapa, suami, peniaga, pendakwah, sahabat dan datuk yang perlu dijadikan contoh. Semua kriteria ada pada Rasulullah. Pekerjaan yang paling mulia dilaksanakan oleh orang yang paling mulia.

Siapa yang paling mulia dan apa pekerjaannya?

Siapa lagi kalau bukan Muhammad Bin Abdullah. Pekerjaannya adalah pendakwah. Mulia kan? Tak nak jadi macam tu ke? Marilah sama-sama berusaha ke arah menjadi orang yang mulia. “Orang yang paling mulia di sisi Allah, di antara kamu ialah orang yang paling bertaqwa”.


*Hamba ini amatlah lemah sekali. Hanya kepada-Mu sahaja, Ya Allah aku bermohon. Ampunilah dosa-dosaku. Ampuni dosa emak dan ayahku. Ampuni dosa guru-guruku. Ampuni dosa sahabat-sahabatku dan keluargaku yang lain. Ya ALLAH, sesungguhnya Kau Maha mendengar.

 اللهم صلى على محمد وعلى الى محمد

Comments

  1. salam, rasulullah contoh tauladan untuk umat. moga Rasulullah dan para sahabat terus membuahkan kecintaan kita pada generasi terbaik sepanjang zaman :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.