Cintaku pada siapa?


بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam bagi junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Syukur kepada Allah S.W.T. kerana masih lagi memberi nikmat oksigen untuk bernafas di muka Bumi ini. Sedikit perkongsian yang telah hamba ini perolehi pada hari Jumaat bersamaan 11 Februari 2011. Satu lagi ilmu yang ingin hamba kongsikan berkenaan CINTA. Apabila bicara tentang cinta, pasti orang akan membayangi cinta terhadap kekasih, iaitu cinta sesama makhluk yang berlawanan jantina. Hanya cinta itulah yang terlintas difikiran. Tetapi, apakah cinta yang paling hakiki?
Cinta yang sebenar-benar cinta ialah kepada Allah S.W.T. Cinta yang paling sukar diterjemah dengan kata-kata. Sejauh mana cinta kita kepada Allah? Bagaimana kita menunjukkan cinta kepada-Nya? Sila muhasabah semula. Apakah nikmat yang tiada pada kita? Mata? Ada. Telinga? Ada. Tangan? Ada.Hidung? Ada? Mulut? Ada. Alhamdulillah. Tidak terhitung nikmat yang Allah berikan kepada kita? Pemurahnya Allah. Tetapi kita? Pernahkah mensyukuri nikmat-nikmat itu?
Jawab sendiri.
Maha Suci Allah, alam yang besar di mata kita ini, amatlah kecil di sisi Allah. Perhatikan di sekeliling kita. Pernahkah ada yang tidak sempurna? Pernahkah kita lihat matahari tidak terbit? Pernahkah kita rasa air hujan yang masin? Dari mana datangnya air hujan? Laut bukan? Tetapi dengan kemaslahatan hamba-Nya, dan sifat pemurah Allah, Dia jadikan air hujan itu tidak masin. Subhanallah. Lihat pula pokok-pokok yang hijau. Apabila angin bertiup adakah pokok itu tidak bergerak? Mustahil bukan? Tetapi semuaya dengan izin Allah. Setiap hari ia tumbuh dengan kehendak Allah. Ia melalui proses fotosintesis. Semua makhluk ciptaan Allah ini mematuhi perintah Allah. Tiada satu pun yang melanggar perintah Allah.
Bagaimana pula dengan manusia? Sebaik-baik makhluk ciptaan. Yang Allah angkat darjatnya melebihi makhluk lain. Bahkan menjadi khalifah di muka bumi ini? Bersyukurkah kita?
Apabila kita mengetahui bahawa diri ini adalah khalifah, bukanlah bermakna dunia ini ‘ana yang punya’. Bukankah kita juga hamba? Hamba kepada siapa? Hanya Allah S.W.T sajalah yang layak disembah. Hanya kepada Pencipta sekalian alam inilah kita patut turuti perintahnya. Garis panduan kepada hamba dan khalifah bolehlah dirujuk kepada Al-Quran dan Hadis.
Sentiasalah menghidupkan suasana mengingati Allah. Sekali terlalai daripada mengingati Allah, hati ini akan menjadi serba tak kena. Sentiasa letakkan Allah yang pertama di dalam hati kita. Sesungguhnya itulah kejayaan yang paling besar. Mengingati Allah dan mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W.
Sila sebarkan kebesaran Allah di mana-mana sahaja. Serulah manusia kepada Allah.

اللهم صلى على محمد وعلى آلى محمد

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.