Ingat Ramadhan, Sambut Syawal.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Selawat dan salam atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.Serta sahabat2 baginda...

Bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. Syawal x lame lagi. Hipotesis yg dapat aku buat, semakin hari semakin sedih. Aku tertanya-tanya. Apa amalan aku sepanjang bulan ni? Inferensnye, amalan aku bergantung kepada kesedaran aku ntok menghayati bulan ni. Aku sedar ke tak nih???

Ya Allah, sesungguhnya aku ni hamba-Mu yang lemah. Kau berikanlah hidayah kepada pemilik hati ini.

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya." (Ali-Imran:16)



Suka aku ingatkan pada diri aku sendiri, bahawa kematian pasti akan tiba. Perkara tu x pernah luput dalam ingatan. Selalu tertanya-tanya. Apa aku nak bawak nanti? Cukup ke amalan aku kat dunia ni? Kat mane aku nanti? Kalau aku cakap kat orang lain ni mesti kata aku ngarut ntah pape kan...Tapi tulah kenyataannya. Aku x suke la nak bercerita pasal orang lain.Kita kena perbaiki diri kita dulu. Sentiasa muhasabah diri. Nak perbaiki orang lain pon, tengokla keadaan kita dulu. Nak suruh orang jadi baik, kita kena jadi baik dulu. Aku memang cukup x suka kalau suruh orang buat sesuatu, padahal dia sendiri tak buat. Contoh senang, membaca Al-Quran la. Suruh orang baca, tapi diri sendiri tak baca. Contoh je la...

Kenapa ek susah betul nak ajak buat baik? Sampai sekarang ni x de kekuatan nak ajak orang. Maybe belum masanya. Ada hikmah di sebalik semua tu. Sabar je la ek...

(Stuck di sini...huhu...)


Wallahua'lam...... :-)

Comments

  1. Sebenar macam2 cara "nak ajak orang jadi baik", cuma mungkin belum ada ilmu tentang hal itu untuk di booster kan...

    Salah satu cara yang betul2 efektif "nak ajak orang jadi baik" ni melalui qudwah hasanah(contoh yang baik) daripada kita...begitulah Rasulullah laksanakan sehingga digelar al-amin...

    ReplyDelete
  2. cuba ko ajak aku..msti aku ikut..huhu

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.