Percaturan Allah Maha Hebat


 Setiap insan merancang sesuatu perkara agar perkara yang ingin dilakukannya berjalan dengan lancar. Sesiapa sahaja mahukan perancangan itu dilihat cantik dan sempurna. Walaubagaimanapun, sehebat mana perancangan seseorang itu, Allah jualah yang menentukan semuanya. Setelah kita sebagai hambaNya merancang, berserahlah sepenuhnya kepada Khaliq kita. Sesungguhnya Dialah yang Maha Berkuasa.
Berserah sepenuhnya kepada Allah adalah keyakinan kita bahawa tiada sesiapa yang lebih berkuasa selain Allah. Tidak kira siapa kita ini, perdana menteri, jutawan, arkitek, jurutera, saintis, guru, bahkan pakar dalam bidang apa sekalipun, kita ini adalah hamba Allah.Selayaknya kita menghitung dan muhasabah diri kita semula. Setakat manakah kita mensyukuri nikmatnya.Renung-renungkanlah.
                                         Salamalaik.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.