Ilmu itu luas.




Banyak perkara yang dilakukan perlukan ilmu.Daripada sekecil-kecil perkara sehinggakan sebesar-besar perkara.Ilmu yang ada pada seseorang itu hendaklah dikongsikan kepada orang lain.Sampaikanlah ilmu itu walaupun satu ayat.Dalam hal golongan yang cerdik pandai berilmu dan pandai segalanya, golongan ini sepatutnya mengamalkan ilmu itu.Selain itu berilmu perlulah dengan akhlaknya sekali.Jika berilmu tetapi tiada akhlak tiada gunanya.Mungkin Allah ingin menduga hambaNya itu.Tetapi kita sebagai sebuah masyarakat yang prihatin,hendaklah menasihati sesama kita sendiri.Hendaklah kita nasihat-menasihati agar dapat melengkapi satu sama lain.Itulah erti sebuah kehidupan di mana kita diciptakan hanyalah untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.Sebagai hambaNya, kita harus bersyukur dengan ilmu yang dikurniakan.Bidang ilmu yang kita miliki tidak mampu ditandingi dengan ilmu Alllah Pencipta sekalian alam.Usahlah kita terlalu berbangga dengan kelebihan ilmu itu.Bersederhanalah seboleh-bolehnya.Selagi ada masa,waktu,tempat dan kelapangan, tuntutlah ilmu walau apa pun cabaran.Wallahu'alam...(^_^)

Popular posts from this blog

Lampu jalan.

Meniup wisel