Hari yang memenatkan...

Alhamdulillah,aku masih lagi dapat bernafas dan menikmati alam ciptaan Allah S.W.T. ni.Hari ni letih sangat.Ada kem pencarian pelapis baru Jawatankuasa Kolej Mahasiswa(JKM) KDSE.Akulah salah satu calon tu.Huhu...Pepagi lagi pukul 8.00 kena turun.Ada Treasure Hunt gitu.Larilah satu KDSE ni.Ada 1 chhecpoint ni,group aku dah clueless....kitorang tak taw nak cari kat mana tempat ni.Pusing la satu kolej...kolej 13 ke kolej 12..kolej 12 ke kolej 13...nak cari pe jer...roundabout kecik...almakaih...memang la kecik n tersorok..padahal aku dah pernah pergi tempat tu...time tu la aku blurr n tak taw nak buat pe dah..nasib,nasib..lastly group kitorang tempat ke 4 jugak la.not bad.Petangnya pulak kami diamanahkan untuk mengendalikan majlis penutupan untuk program kami sendiri.Banyak pengalaman & ilmu yang aku kutip daripada program ni.Semangat bekerjasama tu penting.Macam-macam hal kena buat sama-sama.Dengar arahan ketua.Bertanggungjawab menyelesaikan tugas masing-masing.Semua tu penting untuk menggerakkan sesuatu program.Aku nak berterima kasih kepada senior-senior JKM yang banyak memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam menjayakan aktiviti ni.Apa-apa pun aku nak berterima kasih jugak kepada sahabat-sahabat yang banyak membantu & memberi kerjasama yang baik.Jika tidak program ni takkan berjalan dengan lancar.Bersyukur sangat dapat timba pengalaman yang bermakna ni.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.