Kembali menulis

Bismillah, Alhamdulillah. Masih lagi diberikan nikmat bernafas dan bernyawa. MasyaAllah tak terhitung nikmat yang Allah berikan pada diri ini.

Setelah 4 tahun meninggalkan laman sesawang ni, aku kembali. I'M BACK!

Terlalu banyak nak diceritakan. Macam-macam insiden berlaku. Laman sesawang ni aku tinggalkan begitu sahaja setelah aku berpaling ke FB. Huh, mudah betul berlaku curang!

Kini, sosial media yang pelbagai buat aku pening. Nak guna yang mana satu. Buka sini, buka sana. Last2 tak de ape pun yang aku update. Sekadar skrol2 berjam-jam lalu masa terbuang begitu saja. RUGI!

Semoga dengan kembalinya aku ke laman sesawang ni dapatlah aku update serba sedikit tentang perkembangan diri, anak dan aktiviti-aktiviti harianku.

Matlamat utama aku kembali ni adalah untuk update aktiviti yang aku jalankan bersama-sama anak aku nanti, InsyaAllah. Kini aku menunggu waktu kelahiran yang kedua. Tinggal dua minggu sahaja lagi untuk aku melahirkan lagi seorang amanah Allah. Semoga dipermudahkan dan selamat semuanya.

Bila keadaan dah stabil sikit boleh la aku update aktiviti yang menarik dengan anak-anak. 🥰


okey setakat ni dulu. Jumpa lagi.


❤ mama Sakinah

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.