Bicara bisu tanpa gula
Bicara bisu   Lidah  Senjata tajam yang mampu menikam hati manusia  Baik mahupun buruklah nilaian tusukan itu  Bak kata orang Inggeris "Speak is silver, silent is gold"   Bila diam membungkam dikatakan emas dalam mulut  Bicara apakah yang mahu dituturkan andai topiknya sia-sia  Daripada mengeji, mengumpat, mencela  Lebih baik mulut ini tertutup membisu   Jangan mendiamkan diri tidak bertempat  Jika ada yang inginkan nasihat silalah beri  Sedaya upaya   Hati ibu bapa boleh terluka dengan cemuhan anak  Hati anak boleh terluka dengan sindiran ayah bonda  Hati isteri terluka sindiran suami  Hati suami terluka sindiran isteri  Bagaimana mahu rumahtangga yang harmoni?   Yang menegur berbudi bahasa  Yang ditegur berlapang dada