22

Dengan Nama Allah
Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dapat lagi menikmati pemberian-Nya.

28.12.2013
Genap 22 tahun umurku.
Terima kasih buat ayah dan emak
yang melahirkan,
membesarkan,
mendidik
anakmu yang seorang ini.
 Doa kalian amat bernilai.

Ya Allah,
Ya Rahman,
kasihilah
kedua-dua ibu bapaku
ampuni dosa-dosa mereka
Ganjarkan di setiap amal mereka
pahala yang berganda

Emak dan ayah,
maafkan segala kesalahan
yang mengguriskan hati
maafkan segala kekurangan
yang tidak mampu ditunaikan

Aku hanya seorang hamba yang lemah
Bisa tersilap mencatur langkah
sering alpa dengan godaan dunia

buat adik-adik
maafkan kak long
yang kurang bertanyakan khabar
maafkan kak long
yang kurang sabar
dengan karenah kalian

buat sahabat-sahabat seperjuangan
maafkan diri ini
andai sepanjang bersama-sama gerak kerja
kurangnya fokus terhadap kerja
andai kurangnya keterlibatan dalm memberi idea

buat pensyarah-pensyarah,
guru-guru
yang pernah menyampaikan ilmu
maafkan keterlanjuran sikapku
halalkan setiap ilmu yang disampaikan

Ya Allah,
Terima kasih kerana mengurniakan insan
yang baik di sekelilingku
Terima kasih kerana
menyediakan jalan tarbiyah
yang terbaik untukku

Terima kasih semua atas doa
yang diselitkan untuk diri ini
Semoga Allah membalas jasa baik kalian

Di setiap perjalanan hidup ini
penuh pahit dan manis
semoga perjalan hidup ini
diredhai
semoga setiap detik dan saat
aku bernafas di muka bumi ini
aku dapat rahmat dari-Mu

Ampuni dosa hamba yang lemah dan hina ini.
Ya Ghafururrahim


Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.