Aku dan buku|Ada sejarahnya

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

"Banyaknya buku awak Sakinah. Nak pinjam." Adibah membelek-belek buku yang tersusun di meja study.
"Pinjamlah. Ada lagi buku yang tak habis baca, tapi ambillah baca dulu." Adibah kelihatan teruja sejurus masuk ke bilikku.

Buku, kini menjadi teman setia. Jika ada masa lapang pasti aku akan membukanya sampailah terlelap. Tika menunggu bas pasti aku akan menghabiskan satu ke dua muka. 

Suatu masa dahulu membaca buku bukanlah menjadi hobi aku. Sindrom malas yang merajai jiwa, komputer menjadi keutamaan. Itu dulu. Setelah melalui satu episod tarbiyah yang tak mungkin aku lupakan, timbul kecintaan terhadap buku. Ketika itu aku diasak soalan-soalan yang wajar bagi seorang muslim tahu.

Soalan-soalan berkaitan isu semasa, soalan berkaitan ibadah, sirah dan sebagainya. Oh, banyaknya aku tak tahu. Sedari itu, minat membaca timbul. Benarlah tarbiyah dari Allah itu boleh datang dengan pelbagai cara. Membaca bukanlah sekadar hobi biasa, bahkan boleh menjadi luar biasa sehingga ada juga sahabat-sahabtku yangg berlumba-lumba membeli buku terutamnya ketika dapat baucer buku dan pesta buku. Itu satu nikmat yang tak dapat dinafikan.

Di rumah sudah tersusun buku-buku pelbagai genre sehinggakan ayah aku memiliki cop untuk menanda buku itu. Betapa kuatnya pengaruh buku itu kepada keluarga kami. Bersyukur juga ada ayah yang minat membaca ni. Sehinggakan ayah memberi amaran kepadaku supaya tak perlu nak beli buku banyak-banyak di kampus. Nanti tak tahu nak letak di mana dan susah nak bawa balik rumah.

Bagiku memiliki buku bukan kerana ingin menunjuk-nunjuk betapa banyaknya buku yang aku miliki, tetapi buku adalah salah satu sumber ilmu yang tidak dapat dipisahkan dengan fitrah manusia. Manusia perlukan ilmu. Ada buku yang memerlukan guru bagi memahami isi kandungannya. Ada buku yang mudah untuk difahami berbentuk nasihat, cerita dan sebagainya.

Tidak rugi mempunyai minat membaca. Bahkan diseru lagi supaya membaca. Ingatlah ayat pertama yang Allah wahyukan kepada Rasulullah S.A.W adalah "BACALAH".

Masalah sekarang adalah, bagaimana aku nak bawa balik buku ke rumah hujung sem ni? Banyak sangat. -_- (Itulah tak dengar cakap ayah).

p/s: novel tidak termasuk dalam keperluan bacaanku. Ini adalah koleksi yang paling sedikit dalam mini library ku.


Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.