Indahnya Hidayah-Mu

بسم الله الرحمن الرحيم

     Alhamdulillah... segala puji-pujian bagi Allah S.W.T yang melimpahkan nikmat iman dan Islam kepada hamba-Nya. Tidak terhitung nikmat-nikmat itu.

     Diskusi IMAN.

Subhanallah. Kagum bila melihat para da'ie yang tampil, bagi aku, memberikan semangat untuk meneruskan perjuangan berdakwah kepada manusia. Majlis ilmu yang aku ikuti kali ini, menampilkan dua orang yang telah kembali kepada fitrah, menjadikan Islam sebagai cara hidup. Hamba Allah yang bertuah ini ialah saudara Shah Kirit Bin Kalkulal dan saudara Jaysuman Pusppanathan. Pada awal perbincangan yang dikendalikan oleh saudara Muhajirih, para hadirin didedahkan dengan pengalaman kedua-dua penceramah ini. Mereka mempunyai pengalaman yang berbeza. Saudara Jaysuman merupakan bekas penganut Kristian dan Hindhu. Manakala saudara Shah Kirit pula pernah menganut agama Hindhu.

Memanglah setiap manusia itu akan diuji. Cuma bentuk ujian itu berbeza-beza. Ujian itu juga tidak akan ditimpakan diluar kemampuan seseorang. Yakinlah bahawa setiap ujian yang melanda pasti ada penyelesaiannya, dan kita mampu menyelesaikannya. Ujian menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran? Sudah pasti besar ujiannya. Menghadapi pelbagai ragam manusia. Macam mana nak faham orang ini. Macam mana nak da'wah pada orang ini. Hanya Allah yang tahu. Tapi, apa usaha kita? Pernah ke ajak kawan pergi majlis ilmu? Nak sedapkan hati, tak pe, aku dah ada niat untuk ajak orang tu dah baik la tu. Tapi, jangan tinggal niat je, teruskan usaha untuk ajak ke majlis ilmu, dan faham sebenar-benar Islam.

Aku juga kagum dengan kekuatan semangat mereka. Pengalaman hidup mendewasakan mereka. Islam is priority. Teringat kata-kata saudara Shah Kirit, ibu dan bapanya mengugut untuk membunuh diri jika dia memeluk Islam. Walau apa pilihan pun yang diberi, Shah Kirit tetap memilih Islam. Kecintaan terhadap Pencipta alam ini. Kecintaan terhadap kekasih Allah. Subhanallah. Tak terkata kecintaan itu.

Dengan kekuatan yang Allah berikan kepada mereka, kini mereka telah menjadi pendakwah, yang terus menyampaikan kebenaran. Pilihan di tangan kita. Samada ingin kebaikan atau keburukan. "Barangsiapa yang dikehendaki Allah dengan kebaikan, maka Allah fahamkan dia terhadap agama". Maha Suci bagi Allah yang telah memberikan kefahaman agama terhadap mereka. Semoga nikmat yang satu ini dapat dirasai oleh hamba-hambaNya yang lain. 

Pandangan daripada yang serba kekurangan. Masih lagi belajar menguatkan diri untuk berda'wah. Allahu Akbar!

~Wallahua'lam~

Comments

  1. salam

    satu muhasabah tanda mensyukuri nikmat sihat dan masa yang diberikan :) terima kasih ingatkan

    ReplyDelete
  2. juga untuk diri sendiri...
    sentiasalah bersyukur...

    ~الحمد الله~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.