Dunia baru!!!

Sudah sebulan aku berada di Kolej Matrikulasi Kedah.Pelbagai aktiviti harian yang telah aku lalui.Setiap hari Ahad hingga Khamis aku ke kuliah.Pada hujung minggu aku akan melakukan aktiviti amal(sikit je la).Setiap hari Jumaat kami akan pergi ke Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin untuk bergotong-royong membersihkan masjid.Sebelum tu, kami solat Subuh berjemaah dan sujud sajdah.Alangkah nikmatnya menunaikan solat berjemaah.Aku dapat rasakan ketenangan yang dikurniakan Allah S.W.T.Alhamdulillah.Panorama KMK sendiri yang mempersonakan.Aku terpegun dengan keindahan sang suria yang terbit dan terbenam.Latar belakang bukit-bukau yang menghijau menambahkan lagi keindahan KMK.Pada waktu malam, aku dapat menikmati sinar rembulan yang menerangi malam.Dipagari bintang-bintang berkelipan.Subhanallah.Indahnya alam ciptaan Allah ini.

Comments

Popular posts from this blog

Doa Masuk dan Keluar Tandas

Lampu jalan.