Posts

Showing posts from 2024

Tenang aje bila dah jadi mak

Image
Siapa setuju dengan tajuk di atas? Mesti ramai juga yang tak setuju kan? Mana mahunya tenang kalau dah jadi mak ni. Masa anak 6 tahun ke bawah lain perangainya. Anak masuk darjah satu lain pe'elnya.  Anak masuk remaja lain pulak pe'elnya. Nak belajar duduk jauh dengan mak ayah lagi. Nak menikah, berumah tangga lagi, lain pula perangainya. Makin besar makin mencabar. Ada yang ada anak dua orang lain kisahnya. Ada yang anak 5, 6, 7 orang lain pula kisahnya. Kat rumah ni ada dua orang pun macam ada duploh orang. Acanorr.. Si abangnya boleh bawa bincang. Kadang takde bincang-bincang tendang aje si adik tu. Si adik pun sama naik aje. Fasa tantrum kuat. Kalau nak satu benda mesti kena dapat, kalau tak, meraung tak berhenti. Fasa banyak cakap. Banyak tanya. Haa... yang tu tahan telinga je lah. Syukurlah boleh bercakap. Apa yang aku perasan persamaan anak-anak aku dua orang ni, masa umur dua tahun ke atas, tantrum kuat. Banyak menda nak buat sendiri. Susah nak ajak mandi, tapi bila dah

KESAL, SEBAL

Selama mana seseorang itu bergelar HAMBA, dia tak pernah lari dari dosa. Menjadi seorang manusia sudah cukup beruntung kerana, Allah letakkan akal menjadi aset termahal berbanding makhluk lain. Kadang emosi terlajak menguasai diri menandingi akal. Perasaan amarah menjadi modal syaitan mencucuk dalam mencari kesalahan orang lain. Aib sangat aib bila menonjolkan kemarahan. Bila terlanjur marah, timbul rasa kesal. Namun, ada hati lain yang sudah tercalar, terluka dan memendam rasa.