بسم الله الرحمن الرحيم اللهم صلى على محمد Bacalah doa sebelum dan selepas makan. Makanlah makanan dari sumber yang halal lagi baik kerana makanan akan menjadi darah daging dalam tubuh kita. Semoga makanan yang kita makan dapat memberikan tenaga untuk beribadah kepada Allah. Selamat beramal ^_^
Bicara bisu Lidah Senjata tajam yang mampu menikam hati manusia Baik mahupun buruklah nilaian tusukan itu Bak kata orang Inggeris "Speak is silver, silent is gold" Bila diam membungkam dikatakan emas dalam mulut Bicara apakah yang mahu dituturkan andai topiknya sia-sia Daripada mengeji, mengumpat, mencela Lebih baik mulut ini tertutup membisu Jangan mendiamkan diri tidak bertempat Jika ada yang inginkan nasihat silalah beri Sedaya upaya Hati ibu bapa boleh terluka dengan cemuhan anak Hati anak boleh terluka dengan sindiran ayah bonda Hati isteri terluka sindiran suami Hati suami terluka sindiran isteri Bagaimana mahu rumahtangga yang harmoni? Yang menegur berbudi bahasa Yang ditegur berlapang dada
Assalamualaikum... Alhamdulillah atas segala nikmat. Subhanallah, penatnya hari ni. Saya dan sahabat-sahabat ditugaskan untuk menjaga pintu masuk di padang kawad sempena UTMost Imagination, festival inovasi dan kreativiti. Satu pengalaman baru dan menyeronokkan setakat ini. Hari ini 29 Mac 2012, merupakan hari pertama festival ini berlangsung. Sepanjang program ini, pelbagai acara menarik dijalankan. Hari ini sahaja ada beberapa pertandingan yang melibatkan fakulti di UTM ini. Sekadar menjaga pintu masuk utama, tengok dari jauh je la. Macam-macam rekacipta yang dipersembahkan. Kreatif, kreatif. =) Disamping itu, terdapat juga booth yang menjual makanan. Sesiapa yang kelaparan, kebuluran dan kedahagaan, bolehlah singgah jamu selera. Kafe Mak Jah pun ada. Don't worry be happy. Tak lupa juga tempat solat. Surau yang paling hampir terletak di Rumah Alumni. Nak jauh sikit Surau KTC S01. Nak lagi jauh Masjid Sultan Ismail la. =] Pengunjung yang datang mempunyai pelbagai ...
Comments
Post a Comment