Posts

Showing posts with the label Khalifah

Aku tak bersedia lagi la...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, Allah bagi lagi nikmat pada hamba yang lemah ni. Bersyukur sebanyak-banyaknya kerana nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam dan Iman. "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis di atas sekadar ingatan untuk sahabat-sahabat yang disayangi lillahi ta'ala. Hidup sebagai hamba Allah tidak cukup sekadar solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya. Hidup ini kena lengkap juga sebagai seorang khalifah yang mentadbir muka bumi ini dengan adil. Seseorang hamba Allah itu juga adalah pemimpin kepada dirinya sendiri. "Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nesacya Islam akan tertegak di negara kamu". "Aku masih tak sedia lagi", "Banyak la assignment nak buat", "Tak boleh, aku nak study. Mak ayah aku hantar aku belajar suruh study, bukan main-main".  Mungkin ayat-ayat ni biasa did...

BERSIH 3.0

Image
Dengan Nama Allah Yag Maha Pemurah... Alhamdulillah, Allah benarkan aku untuk meneruskan tugasan aku. Baru tahu rasa banyak assignment nak kena siapkan, quiz bertimpa, test berderet. Allah...Allah...Allah... Baru sikit Allah bagi ujian. Dah mengeluh. Haish... Orang yang banyak mengeluh ni tak de rezeki. Bersyukur dengan apa yang ada. Carilah hikmah disebalik kerja-kerja yang berlambak tu. Nah buah tangan dari KL. Dapat juga kongsi pengalaman bersama-sama rakyat Malaysia menuju ke Dataran Merdeka. hari sabtu orang cuti, Tapi ada orang menjual. Ya, keuntungan datang  berganda! Melayu, Cina, India- Sama-sama turun padang. Subhanallah. Ramainya. Tak lupa juga anak muda ni. Sebelum menuju ke destinasi, saya dan sahabat-sahabat memasuki sebuah restoran bersebelahan dengan bangunan SOGO. Di awal pagi dalam jam 8, keadaan masih lagi tenang. Walaupun polis sudah kelihatan. Jam 9 ke 10 pagi trak polis melintasi kawasan SOGO. Ada dalam 2 ke 3 trak. Siap sedia untuk...

Sedar diri!

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Dengan kasih sayang-Nya dapatlah hamba-hamba-Nya merasai nikmat yang pelbagai. Sedarkah kita, selama kita hidup di atas muka bumi ini, kita hanya berpijak di alam fantasi. Hanya FANTASI!! Kenapa? Di mana letaknya Al-Quran dan As-Sunnah dalam hidup kita? Di mana letaknya akhlak mulia daripada Rasulullah S.A.W? Jadi selama ini, apa yang kita lakukan? Apa yang kita ikuti? Akhlak siapa yang kita contohi? Apa tujuan kita diciptakan sebenarnya? Semuanya Allah dah beritahu dalam Al-Quran. Allah dah tegaskan saat malaikat meragui kenapa Allah nak cipta manusia yang bakal membuat kerosakan. Allah lebih mengetahui. Sejak penciptaan Nabi Adam manusia sudah membuat kerosakan. Melalui nabi-nabi yang lain, manusia sentiasa menzalimi dirinya sendiri. Allah mengutuskan nabi-nabi untuk menyeru ummatnya supaya kembali mengabdikan diri kepada Allah. Sehingga Nabi Muhammad diutuskan kepada ummatnya, manusia masih lagi ...

Menikmati nikmat Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas segala nikmat. Allah sahajalah yang berkuasa atas segala sesuatu. Atas rahmat-Nya membenarkan hamba yang lemah ini mencoret berpatah-patah kata. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Syukur ada mata. Syukur ada telinga. Syukur ada kaki. Syukur ada tangan. Syukur ada hidung. Syukur ada mulut. Syukur ada otak. Syukur ada anggota badan yang sempurna. Alhamdulillah atas segala nikmat ini. Bagaimana kita menghargai kurniaan ni? Berapakah harga yang Allah letakkan untuk kita mensyukuri nikmat ini? Ada  bil? Subhanallah. Allah Maha Pemurah. Lalu, kita sebagai hamba yang lemah ini, sepatutnya, sewajarnya, dan sewajibnya mensyukuri nikmat Allah. Bagaimana? Apalah gunanya mata jika melihat perkara-perkara maksiat? Bukankah sudah diarahkan untuk tunduk? Jagalah pandangan wahai muslimin dan muslimat. Namun, jika terlihat maksiat, tidak wajar pula jika ia dibiarkan. D...

Seronoknya ada pengalaman

Image
Dengan Nama Allah... Alhamdulillah, dapat lagi merasai nikmat Allah yang Maha banyak ni. Tak terhitung. Cuti semester yang ...yang ape ye....hemm...macam biasa la..duduk rumah je. Time aku cuti, adik-adik aku pergi sekolah. Time adik-adik aku cuti sekolah, aku ada kat U pulak. Bila la nak cuti panjang sama-sama... Nasib baik la ada buku-buku yang nak ngadap. Kawan dengan buku la nampaknya. Buku 4 Pemimpin Ajaib tulisan Umar Hafiz menjadi teman sebelum tidur. Ayat-ayatnya yang mudah difahami menambahkan lagi keseronokan membacanya.=) Kisah 4 pemimpin yang sangat hebat ini, Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A., Saidina 'Umar Al-Khattab R.A., Saidina 'Usman bin Affan R.A., dan Saidina 'Ali Bin Abu Talib Karamallahuwajhah boleh dijadikan panduan, iktibar dan sifat-sifat peribadi mereka boleh juga dicontohi. Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat karib, rapat dan setia. Beliau merupaka sahabat nabi yang terawal memeluk Islam....

Apa yang mereka mahu?

Tirai 2011 dilabuhkan dengan isu mahasiswa. Tahun 2012 membuka tirai dengan isu mahasiswa. Lagi dan lagi mahasiswa. Perjuangan mahasiswa menuntut keadilan. Salahkah itu? Mahasiswa inginkan kebebasan bersuara. Mereka inginkan pandangan mereka dipertimbangkan. Bukannya ditindas tanpa ada budi bicara yang langsung menyekat hak mereka.  Terbaru di UPSI. Mahasiswa mengadakan perhimpunan aman di perkarangan UPSI bagi menyatakan hasrat kebebasan bersuara, mansuhkan AUKU, dan bebaskan Adam Adli. Apa yang tak kena dengan perhimpunan aman ni? Peserta ni bawa senjata ke? Bawa Water canon nak simbah orang menghalang mereka? Apa yang mereka ada? Polis pula. Kenapa takut sangat dengan pergerakan mahasiswa yang mengadakan perhimpunan ni? Mereka (polis) ada FRU, kasut but yang keras, senapang, pistol dan semua tu tak sesuai langsung nak dijadikan alat untuk mempertahankan diri dalam situasi ini. Bagi diri yang kerdil ini, walaupun peserta perhimpunan aman itu tidak mempunyai apa-apa s...

Seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.

Image
Nama sebenarnya Yusof, lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun 543H atau 1138M. Ayahnya, Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis berasal dari Azarbaijan. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa dua orang putera bernama Najmuddin Ayyub (ayah Salahudin) dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera. Sejak kecil, Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Semasa kecil sehingga meningkat remaja, kehidupan Salahudin sama seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda-tanda dia akan menjadi masyhur apabila dewasa kelak. Lane-poole seorang ahli sejarah Inggeris menulis mengenai Salahudin. "Sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran ...

Oh Tanah Airku!

بسم الله الرحمن الرحيم  Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Selawat dan salam atas junjungan Rasulullah S.A.W dan sahabat-sahabat baginda.   Malaysia tanah airku. Emm...Apa dah jadi ye? Sekadar mengutarakan pandangan dari sudut hati, hamba yang kecil ini. Menerima segala kebaikan meninggalkan segala kemungkaran.   Maha Suci Allah yang memerintahkan hamba-Nya menyeru ke arah kebaikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan meninggalkan kemungkaran. Kenapa? Kerana habuannya ialah ia akan berjaya.  Bagaimana negara tercintaku ini? Rakyat di dalamnya? Telitikah maksud ayat ini? Pemimpinnya, fahamkah ayat ini? Jangan dikata ingin memperjuangkan Islam, dan berada betul di landasan yang benar jika ayat ini tidak difahami sebetul-betulnya.   Berjayakah jika di dalam institusi kekeluargaan sendiri masih belum mengikut undang-undang Allah? Berhakkah untuk memerintah negara? Banyak persoalan yang timbul di fikiran ini.  Seharusnya contoh...

Ciri-ciri Muslim

1)     Berkata benar 2)     Tidak hasad dengki 3)     Ikhlas 4)     Menepati janji 5)     Akhlak baik 6)     Mempunyai sifat  malu 7)     Lemah lembut terhadap orang lain (Malu sebahagian daripada iman) 8)     Berasa simpati (faham dengan kesusahan orang lain) 9)     Bertolak ansur 10) Pemaaf 11) Senang kira dalam banyak urusan (Tak berkira)  12) Periang (Senyum itu sedekah ) 13) Sabar 14) Mengelak daripada memaki hamun orang 15) Tidak menuduh orang kafir, fasik sewenang-wenangnya 16) Bersederhana 17) Berhati-hati apabila berkata-kata (jangan merendahkan martabat orang lain) 18) Tidak mengambil tahu perkara yang tidak berkenaan dengan diri 19) Menahan diri daripada fitnah (fitnah lebih buruk daripada membunuh) 20) Tidak buruk sangka 21) Boleh simpan rahsia 22) Tidak bongkak dan sombong (...

Indahnya Hidayah-Mu

بسم الله الرحمن الرحيم      Alhamdulillah... segala puji-pujian bagi Allah S.W.T yang melimpahkan nikmat iman dan Islam kepada hamba-Nya. Tidak terhitung nikmat-nikmat itu.      Diskusi IMAN. Subhanallah. Kagum bila melihat para da'ie yang tampil, bagi aku, memberikan semangat untuk meneruskan perjuangan berdakwah kepada manusia. Majlis ilmu yang aku ikuti kali ini, menampilkan dua orang yang telah kembali kepada fitrah, menjadikan Islam sebagai cara hidup. Hamba Allah yang bertuah ini ialah saudara Shah Kirit Bin Kalkulal dan saudara Jaysuman Pusppanathan. Pada awal perbincangan yang dikendalikan oleh saudara Muhajirih, para hadirin didedahkan dengan pengalaman kedua-dua penceramah ini. Mereka mempunyai pengalaman yang berbeza. Saudara Jaysuman merupakan bekas penganut Kristian dan Hindhu. Manakala saudara Shah Kirit pula pernah menganut agama Hindhu. Memanglah setiap manusia itu akan diuji. Cuma bentuk ujian itu berbeza-beza. Ujian itu ju...

Ukhwah itu manis.^_^

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah...syukur nikmat, kepada Tuhan yang memberi rahmat. Ya Allah, manisnya nikmat yang satu ini. Nikmat UKHWAH. Sayangnya kepada sesiapa yang tidak menghargai nikmat ukhwah. Dengan nama-Mu Ya Allah, Kami berlindung kepada-Mu, Agar dijauhi daripada sebarang bahaya, Kukuhkanlah ikatan ukhwah, Yang telah tersimpul, Di atas nama-MU, Kami saling mengasihi, Kerana-Mu. Segala pahit manis, Yang kami lalui, Menjadikan kami kuat, Untuk menghadapi dugaan mendatang, Kuatkanlah Ikatannya, Kuatkanlah ikatannya, Kuatkanlah ikatannya...

Menguasai Dua Ayat (1)

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang masih lagi mengurniakan kepada hamba untuk menempuhi kehidupan ini. Mungkin belum terlambat lagi untuk mengucapakan Selamat Tahun Baru 2011. Semoga pada tahun ini bertambahlah kecintaan kepada Allah S.W.T. Bercerita mengenai dua ayat yang ajaib. Apakah dua ayat yang ajaib itu? Pagi tadi, pada jam 8.00 pagi, aku menjengah ke ruangan menonton televisyen untuk mengisi masa yang terluang. Tengah sibuk menekan butang untuk menonton siaran yang menarik, walaupun hati ini selalu mengungkap “Apalah yang ada kat TV tu,” aku terhenti di siaran TV9, Dekat di Hati. Waktu itu rancangan  Muqaddimah sedang di tayangkan. Melihat penyampai pada waktu itu ialah Dr. Danial Zainal Abidin, aku mengambil keputusan untuk bersarapan di hadapan TV sahaja. Tajuk yang di kongsikan pada hari yang redup dan berangin ni, ialah Menguasai Dua Ayat. Dua Ayat. Apakah ayat-ayat itu. Dari tadi lagi tanya. Tak jawab-jawab. Hehe... Ayat y...

Solat Itu Penting!

Image
… بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, kerana masih lagi diberi nikmat yang tak terhitung banyaknya. Sejak kebelakangan ni sibuk mengemas rumah. Tak sempat nak mencoretkan ayat-ayat chenta kat halaman blog ni. Sudah naik lalang agaknye. Akhirnya aku sekeluarga dah mendiami rumah yang sekian lama sepatutnya didiami yang nyaris2 terbengkalai, tapi diselamatkan oleh kami sendiri. Huu…Sodeh bebona cito eh. Tak pe la kita teruskan kepada tajuk utama. SOLAT. Waktu maghrib tadi ayah aku ajak aku n adik2 aku ke surau yang berjauhan. Kata ayah ada orang mengajar. Maksudnya berkongsikan ilmu di dada. Bahasa orang kat Kelantan ni kot panggil mengajar. Aku n dua orang adik aku ni pun ikut la. Selesai menunaikan solat maghrib, al-Fadhil ustaz menyampaikan tajuk yang hari2 kita lakukan dan ianya amat penting. SOLAT. Ya! Memang solat sangat penting. Dalam kehidupan seharian kita, solat merupakan kunci kejayaan bagi sesiapa yang menunaikan dengan khusyuk dan tawadhuk. Seseorang bertanyakan ke...

Setelah 4 bulan.

Image
Dengan Nama Allah... Alhamdulillah... Segala puji bagi-Nya yang masih lagi membenarkan aku bernafas & menikmati alam ciptaannya. Subhanallah , hidup di Bumi Allah ini berbagai-bagai cabarannya. Cabaran itu aku lalui dengan pelbagai penyelesaian dengan menggunakan akal fikiran yang waras. Allahu Akbar , hanya Allah yang tahu kecil, besar dan hebat tak hebatnya dugaan itu. Sesekali aku berfikir sendirian, mampukah aku mengahrungi dugaan yang lebih besar lagi. Namun aku percaya dengan takdir Allah. Dia tidak akan membebani hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya. Subhanallah. Allah Maha Mengetahui di mana kelemahan dan kekuatan hamba-Nya. Masakan tidak, Dialah yang menciptakan segala makhluk di alam ini. Serba sedikit aku nak berkongsi pengalaman yang telah aku timba dari Universiti Teknologi Malaysia yang tercinta ini. Mengapa aku berkata demikian? Suka aku menamakan universiti ini sebagai Universiti Tarbiah Manusia. Manis bukan? Pelbagai pengalaman yang aku alami, harungi dan temp...

New experience today....

Image
Dengan nama Allah... Alhamdulillah...Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku masih lagi dapat menikmati pemandangan   ciptaan Allah ni. Apa yang aku nak cite hari ni ek... Emmm...hari ni baru je selesai test Introduction To Industrial Chemistry. Test yang paling lambat sekali. Dan yang paling best soalan buat sendiri. Tapi yang tak best berape kerat je yang keluar. Adoy... Redha je la. Bukan nak cite pasal test, tapi ade yg lebih menarik.Hehe... ape ek??? Tadi lepas test aku dgn sahabat aku pergi la makan kat kafe Pak Lah. Alhamdulillah, sedap betul ikan kelinya. Fuh...rase nak tambah...ngee3...Lepas makan tu nak le balik ke kolej...Singgah jap depan koop U tu. Jeling2 skit buku....Dapt beli sebiji.Huhu...Tengah tengok2 buku, ade la Iranian man,kot hehe... bukan Iron man eh...tegur kitorang...dia bagi la salam.Kitorang jawab la. Then, dia speaking BM ngan kitorang. Wah pandai gak. Tergelak-gelak dengar dia cakap. Dia bagi tahu kitorang yang dia tengah belajar bah...

Kita ni sedare...

  بسم الله الرحمن الرحيم Duhai sahabat, Ketahuilah... Bahawa kita ni bersaudara... Asalnya daripada Adam & Hawwa'... Hidup ni kena selalu ingat mengingati... Ayuhlah sama-sama ingat meningati.. Kau nasihati aku, aku nasihati kau.. emmm...cam tu la... bestkan cam tu... Bila aku salah, kau tegur aku... Bila kau salah, aku tegur kau plak.. x kan x boleh kot cam tu. Duhai sahabat, Di sini, aku nak coretkan  beberapa teguran.. atau peringatan... kan kita kena ingat mengingati... Kau tahu tak yang kita kena jaga aurat? Kau tahu kan. Cuma nak ingatkan... ingat...ingat...ingat... Jaga aurat... Cek balik surah An-Nur ayat 31... Baca al-Quran bukan sekadar baca... tapi kena la faham gak... kat mana lagi nak rujuk kalau bukan al-Quran... Apa yang tertera kat situ? Arahan siapa tu? Allah kan... Siapa kita nak mempersoalkan  arahan, perintah, suruhan n apa2 la  yang datang daripada Allah....