UTM dari kaca mataku.
Di bawa bersama
khabaran rindu
Membisikan
kata-kata
Menjelmakan
cintaku pada-Nya
Ku
titipkan kata-kata ini buat warga SMKPT yang sudah sekian lama aku tinggalkan.
Sudah hampir dua tahun aku meninggalkan bangku sekolah. Kini aku telah
menjejakkan kaki ke universiti di mana sebuah kehidupan sebenar yang
dicari-cari oleh remaja merangkap pelajar tegar ini. Mana mungkin aku lupakan
segala kenangan di sekolah dahulu. Setiap kenangan itu mempunyai makna
tersendiri.
Bagaimana
agaknya khabar sahabat-sahabat seperjuangan yang lain? Adakah mereka masih
mengingati kenangan dahulu? Atau sudah ditenggelami oleh kehangatan zaman yang
mereka tunggu ini? Memang tidak dapat dinafikan, apabila sudah berjauhan dengan
keluarga, kita akan berasa bebas untuk melakukan apa-apa sahaja. Tanpa ada
sesiapa untuk menegur. Begitu juga aku. Aku bebas melakukan apa sahaja tanpa
halangan. Bebas melakukan apa sahaja? Itu bukan bermakna dunia ini kita yang
punya. Kita masih mempunyai limit dalam hal ini. Dunia ni bukan kita
yang punya. Siapa kata dunia ni kita punya? Mari fikir-fikirkan ayat ini.
“Dialah (Allah) yang menciptakan
segala apa yang ada di bumi untukmu kemudian Dia menuju ke langit, lalu Dia
menyempurnakannya menjadi tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala
sesuatu.”
Benarlah kata-kata Allah Yang Agung.
Al-Baqarah 2:29
Jelas terang
lagi bersuluh. Siapalah kita hamba-Nya yang lemah ini. Tiada daya melawan
kekuasaan Allah. Dia berhak menghidupkan dan mematikan dengan sekelip mata
mungkin. Jadikan Al-Quran rujukan utama.
Berbalik
tentang alam baru yang aku nyatakan awal tadi. Bukanlah bertukar alam dunia ke
alam barzakh atau apa. Janganlah critical thinking sangat. Saje, suspens.
Alam yang aku maksudkan ini ialah universiti. InsyaAllah, semua orang akan
merasainya, dengan izin Allah. Sebelum pergi lebih jauh lagi, aku kini
melanjutkan pengajian dalam bidang kimia industri. Bila dengar industri je
mesti orang fikir kilang. Bukan kerja di kilang je la. Luas sebenarnya bidang
ni. Samada jadi saintis, ahli forensik, dan macam-macam lagi lah. Kalau nak
tahu lebih lanjut boleh cari di sini. www.fs.utm.my.
Suka
untuk dikongsikan perkembangan tentang Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Semasa minggu pertama di sini iaitu Minggu Transformasi Mahasiswa (MTM) ata
lebih dikenali sebagai minggu orientasi, kami telah di beritahu oleh Naib
Canselor IR.Dato’ Dr. Zaini Ujang, bahawa UTM telah di angkat menjadi
Universiti Penyelidikan. Pengumuman itu dibuat oleh Dato’ Seri Najib Tun Abdul
Razak semasa pembentangan bajet 2010. Bertuah juga berada di sini.
Alhamdulillah. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha yang dibuat oleh pihak
UTM, untuk mencapai satu lagi matlamat, iaitu menjadi Universiti Apex pada
tahun 2012. Jika dilihat suasana di UTM ini sendiri, para tenaga pengajar dan
pelajar-pelajar bersungguh-sungguh untuk
mencapai hasrat tersebut. Satu lagi perkara menarik tentang UTM, pihak UTM akan
memberi peruntukan kepada pelajar untuk membuat program ke luar negara yang di
beri nama Global Outreach Programme (GOP). Jadi setiap orang akan
mempunyai passport setelah graduasi nanti. Peruntukan yang diberikan untuk ke
Indonesia, Singapura atau Brunei adalah RM 500 seorang. Manakala, untuk ke
tempat selain daripada itu adalah RM 1000.
Aku
rasa manis sangat berada di sini. Manis seperti gula, madu dan apa-apa sahaja
yang manis. Pada mulanya aku melalui sahaja cara hidup di sini. Mungkin langkah
permulaan aku biasa sahaja. Pergi ke kuliah, balik dari kuliah. Hari-hari
melakukan benda yang sama. Bosan juga sebenarnya. Aku bukan jenis yang duduk
diam. Aku mula melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh
kolej. Di antaranya Sukan Kolej Antara Mahasiswa (SUKAM). Alhamdulillah, dapat
juga beriadah. Selain itu, aku menyibukkan diri dengan kelab dan persatuan.
Daripada situ aku menimba pelbagai pengalaman. Pernah aku menjadi ahli
jawatankuasa untuk sesuatu program di universiti ini. Ternyata ia memerlukan
persiapan yang rapi. Aku teringat pesanan Cikgu Hairiri. Dia pernah memberitahu
aku bahawa di universiti, pelajar-pelajar sendiri yang mengendalikan program.
Dengan berbekalkan pengalaman di sekolah, aku aplikasikan di universiti. Terima
kasih cikgu!
Belajar
ni bukan semata-mata untuk mendapat kerja. Hendak rumah besar, gaji lumayan,
kereta besar, berpangkat dan ingin disebut-sebut namanya kerana jawatannya.
Sia-sia semua itu jika Allah tidak redha. Bukankah redha Allah yang kita cari?
Tidak rugi jika tidak kaya sekalipun. Tidak rugi jika tidak berpangkat
sekalipun. Tidak rugi jika tidak disebut-sebut namanya di khalayak. Allah tidak
memandang semua itu.
“ Sungguh,
yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling
bertakwa.”
Al-Hujurat 49:13
Walau
bagaimanapun, itu bukanlah alasan untuk kita tidak berusaha untuk mencari
rezeki di Bumi Allah ini. Usaha tangga kejayaan. Bagaimana hendak berjaya kalau
tiada usaha. Namun, kita tetap perlu menerima segala ketentuan Allah. Jika Dia
tidak mahu kita memiliki sesuatu, Dia tidak akan beri. Terima sahaja.
Formulanya mudah. Kita mahu beli sesuatu barang di kedai Pak Mat, tetapi barang
tu tidak ada. Kita cari di kedai lain pula. Tiada juga. Kita terima bukan, yang
barang tu tiada. Mudah je kan?
Boleh
tak jika masuk sikit tentang belajar? Sebagai pelajar, kita akan sentiasa
dihantui dengan masalah ini. Masalah apa? Apa lagi kalau bukan peperiksaan.
Setiap orang mesti menduduki peperiksaan punyalah. Percayalah. Keputusannya
bagaimana? Ya, anda pasti mengharapkan yang terbaik. Bagaimana pula jika gagal?
Bagaimana jika tidak mencapai sasaran? Nah, bagaimana hendak menghadapi
pengharap-pengharap yang mahukan anda mendapat markah yang baik? Jangan
bersedih wahai sahabat. Allah ada untukmu. Anda tidak keseorangan. Allah
sentiasa bersamamu. Kembalilah kepada-Nya. Bermohonlah kepada-Nya. Hanya kepada
Allah tempat mengadu. Mari amalkan doa
ini.
Doa
mengelak dari menjadi pelupa:
اللَّهُمَّ زِدْنَا وَلَا تَنْقُصْنَا، وَأَكْرِمْنَا
وَلا تُهِنَّا، وَأَعْطِنَا وَلَا تَحْرِمْنَا، وَآثِرْنَا وَلا تُؤْثِرْ عَلَيْنَا،
وَأَرْضِنَا
Maksudnya: “Ya Allah,
tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina,
berilah buat kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan,
dan redhailah kami dan redhailah pula semua usaha kami.” (Riwayat
Ahmad no. 224).
Ingatlah,
apa sahaja yang ingin kita lakukan, mestilah kerana Allah. Dari Abu Dzar,
Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah
SAW, sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada.
Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik
itu akan memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia dengan dengan
perangai yang bagus. "
Inilah
pengalaman aku di Universiti Tarbiah Manusia (UTM). Aku sayangkan pengalaman
ini. Mendidik aku menjadi khalifah dan hamba-Nya. ~Wassalam~
![]() |
Bila rajin datang la...huhu... |
![]() |
Experimen terakhir sem 1 amali kimia. Buat sabun. |

Comments
Post a Comment