Assalamualaikum... Alhamdulillah atas segala nikmat. Subhanallah, penatnya hari ni. Saya dan sahabat-sahabat ditugaskan untuk menjaga pintu masuk di padang kawad sempena UTMost Imagination, festival inovasi dan kreativiti. Satu pengalaman baru dan menyeronokkan setakat ini. Hari ini 29 Mac 2012, merupakan hari pertama festival ini berlangsung. Sepanjang program ini, pelbagai acara menarik dijalankan. Hari ini sahaja ada beberapa pertandingan yang melibatkan fakulti di UTM ini. Sekadar menjaga pintu masuk utama, tengok dari jauh je la. Macam-macam rekacipta yang dipersembahkan. Kreatif, kreatif. =) Disamping itu, terdapat juga booth yang menjual makanan. Sesiapa yang kelaparan, kebuluran dan kedahagaan, bolehlah singgah jamu selera. Kafe Mak Jah pun ada. Don't worry be happy. Tak lupa juga tempat solat. Surau yang paling hampir terletak di Rumah Alumni. Nak jauh sikit Surau KTC S01. Nak lagi jauh Masjid Sultan Ismail la. =] Pengunjung yang datang mempunyai pelbagai ...
Comments
Post a Comment