H.I.P.O.K.R.I.T.???
Assalamualaikum... cerkon (cerita kontot) ini aku karang untuk tukar cara penyampaian. Harap2 la dapat difahami. Harap maaf segala kekurangan. Silalah santap minda dan hati anda. “Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam kerana masih memberi peluang untuk aku menghirup udara yang segar pada pagi ini. Ya Allah, banyaknya nikmat yang Engkau berikan kepadaku.” Najihah mencapai tuala yang bergayut di birai katil setelah dibangkitkan kembali daripada tidur yang lena malam tadi. Seperti kebiasaan, Najihah bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh. Pagi yang redup itu diisi dengan bacaan Al-Ma’thurat yang indah. Subhanallah! Sungguh indah nama-nama Allah. Hanya orang yang khusyuk sahaja menikmati keindahan itu. Kini Najihah bersiap-siap untuk ke kuliah. Sebagai mahasisiwi muslimah dia perlu menjalankan tanggungjawabnya membawa nama Islam dengan baik. Perkara yang paling penting ialah dengan penampilan dirinya. Penampilan diri menunjukkan jati diri seseorang. Bagaimana jika ses...