Posts

22

Image
Dengan Nama Allah Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dapat lagi menikmati pemberian-Nya. 28.12.2013 Genap 22 tahun umurku. Terima kasih buat ayah dan emak yang melahirkan, membesarkan, mendidik anakmu yang seorang ini.  Doa kalian amat bernilai. Ya Allah, Ya Rahman, kasihilah kedua-dua ibu bapaku ampuni dosa-dosa mereka Ganjarkan di setiap amal mereka pahala yang berganda Emak dan ayah, maafkan segala kesalahan yang mengguriskan hati maafkan segala kekurangan yang tidak mampu ditunaikan Aku hanya seorang hamba yang lemah Bisa tersilap mencatur langkah sering alpa dengan godaan dunia buat adik-adik maafkan kak long yang kurang bertanyakan khabar maafkan kak long yang kurang sabar dengan karenah kalian buat sahabat-sahabat seperjuangan maafkan diri ini andai sepanjang bersama-sama gerak kerja kurangnya fokus terhadap kerja andai kurangnya keterlibatan dalm memberi idea buat pensyarah-pensyarah, ...

MASA

Dengan Nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang. Alhamdulillah atas segala nikmat. Masa Jam minit saat berlalu tanpa kita sedari Kadang-kadang lambat kadang-kadang cepat Allah bersumpah demi masa Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereke yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati  kepada kebenaran dan menasihati  kepada kesabaran Banyak manusia rugi kerana tidak menjaga masa banyak manusia rugi kerana tidak menggunakan masa dengan baik Masa tidak dapat dikembalikan semula Walau ingin dibayar dengan intan permata Hargailah masa! اللهم صلى على محمد

Aku dan buku|Ada sejarahnya

Image
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, kekasih Allah, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. "Banyaknya buku awak Sakinah. Nak pinjam." Adibah membelek-belek buku yang tersusun di meja study . "Pinjamlah. Ada lagi buku yang tak habis baca, tapi ambillah baca dulu." Adibah kelihatan teruja sejurus masuk ke bilikku. Buku, kini menjadi teman setia. Jika ada masa lapang pasti aku akan membukanya sampailah terlelap. Tika menunggu bas pasti aku akan menghabiskan satu ke dua muka.  Suatu masa dahulu membaca buku bukanlah menjadi hobi aku. Sindrom malas yang merajai jiwa, komputer menjadi keutamaan. Itu dulu. Setelah melalui satu episod tarbiyah yang tak mungkin aku lupakan, timbul kecintaan terhadap buku. Ketika itu aku diasak soalan-soalan yang wajar bagi seorang muslim tahu. Soalan-soalan berkaitan isu semasa, soalan berkaitan ibadah, sirah dan sebagainya. Oh, banyaknya ...

Hikmah tidak susah.

Image
Aku mengerah kudrat  melintasi jalan-jalan yang berbukit. Sekeliling padang yang sekian lama ku lihat semakin tinggi pokok-pokoknya membuatkan diri ini rasa kerdil dengan ciptaan Allah S.W.T.  Kaki terus melangkah menuruni bukit yang tidak seberapa tinggi. Mengambil jalan pintas untuk sampai ke destinasi. Suasana sunyi. Mana semua orang? Tidur lagikah?  Kelihatan sebuah motor melintasi jalan. Ada juga orang keluar pagi-pagi ini. Dari surau, mungkin.  Ku gagahkan jua kaki ini berlari-lari anak. Sudah lama rasanya tidak digunakan untuk beriadah.  Alhamdulillah. Cuaca baik pagi ini. "Assalamualaikum." Ku sapa seorang gadis yang berselisih denganku. Mungkin baru sahaja menunaikan tanggungjawabnya kepada tubuh untuk sihat. Kini ku melihat ke kanan, kiri, dan kanan lagi. Melintasi sebuah jalan yang lengang. Ku langkahi dengan perlahan. "Tiada kenderaan yang banyak pagi-pagi ni", aku bermonolog. Aku melihat jam di telefon bimbitku. Ah, hampir 7.45 ...

Di mana aku di saat ummat tenat?

Image
Sakit betul ujian. Ye.. sabarlah Sakinah, ujian itu untuk Allah tengok sejauh mana kesabaran kamu untuk tempuhi ujian tu. Anda yang minta sendiri kan? (Emm..Angguk kepala) Alhamdulillah, setelah keluar daripada keperitan rohani yang sakit, aku seperti pulih kembali daripada sakit yang tenat. Allah, sakit sangat. Sakit ni lebih sakit daripada demam sekarang ni. Hanya Allah je tahu. Keperluan untuk muhasabah diri setiap malam. Itu satu amalan yang seharusnya dilakukan bagi menilai diri  apa yang telah kita lakukan seharian. Memang tak terhitung dosa-dosa yang terkumpul. Bertaubatlah segera. Hidayah Allah untuk hamba-Nya memang tak terjangka. Sayang-Nya pada hamba ini memberikan lagi ruang untuk bertaubat. Ayuh, kembali semula kepada mood  perjuangan! Inilah hidupku. Aku ingin berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Aku ingin merasakan pahitnya perjuangan kerana dicaci maki. Aku ingin merasakan manisnya perjuangan di saat melihat kemenangan pejuang Islam. Aku ...

Peritnya sakit ini

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Sakitnya roh ini apabila sudah lama tidak diberi makanan. Sakitnya roh ini apabila sudah lama tidak pergi ke kuliah ilmu. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Aku memohon keampunan daripada-Mu Ya Rabb. Aku memohon dikuatkan hati ini menempuhi ujian ini. Benarlah jika tiada kekuatan cinta terhadapmu, Dirasakan kaku seluruh tubuh. Dirasakan hati ini seakan-akan tidak bernyawa. Jiwa yang gersang amat sukar untuk dihidupkan, Hati yang kotor mudah sekali lalai dengan perkara-perkara duniawi, Infaq yang kurang membuatkan diri sentiasa sombong, Hapuskanlah kekikiran daripada diri ini. Manusia memang sentiasa lalai, Manusia memang sentiasa sombong, Manusia memang sentiasa khilaf, Manusia memang begitu. Ya Allah, setiap doa yang aku pohon daripada-Mu memang sentiasa diuji, Sejauh mana aku menempuhi ujian permintaanku itu, Kau uji jua. Di minta kuatkan iman, Kau uji, Di minta kuatkan ika...

Ini jalanku

Image
"Emak, kakak tak balik cuti ni. Minta maaf ye. Kakak ada tanggungjawab besar yang kena selesaikan di sini." Beritahuku. "Tak pelah, mak faham. Jaga diri elok-elok. Jaga solat tu. Nanti apa-apa hal bagitahu lah ye." Emak yang penyayang. Emak yang prihatin. Tidak pernah lupa memberi peringatan.  Walaupun acapkali diucapkan setiap kali rindukan suaranya, aku tidak pernah jemu. Kalau boleh hari-hari ingin berdamping dengan pemilik suara itu. Tetapi apakan daya, tuntutan  menuntut ilmu lebih daripada segala-galanya. Itulah pesanan keramat yang menjadi sumber kekuatanku. Biar aku berkorban susahnya menuntut ilmu daripada susahnya bodoh akibat tidak menuntut ilmu. Suasana sepi. "Kenapa tak balik lagi?" Aliya menyoalku. Tersedar dari lamunan, aku memalingkan badanku menghadap Aliya yang berdiri di belakangku. "Subhanallah, cantikkan pemandangan petang ni? Allah jadikan alam ini untuk mata kita nikmati keindahannya." Aku mengubah tajuk. ...