Posts

Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Pasti ujian itu perit. Pasti ujian itu sakit. Tapi, bagaimana kita melihat ujian itu? Ujian itu mudah bagi orang-orang yang beriman. Ujian itu manis bagi orang yang bersabar. Bumi mana tidak ditimpa hujan. Sayangnya Allah pada hamba-Nya memberi ujian yang mampu kita hadapi. Allah tidak pernah menzalimi manusia, tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri. Jika ujian datang, mintalah supaya kita mampu menghadapinya. Usahlah meminta supaya dihindari ujian itu. Sejauh mana kita lari dari ujian itu, selama itulah ia akan mengejar kita. Hadapilah ujian dengan tenang kerana disebalik kesulitan itu ada kemudahan. Kasih sayang Allah pada hamba-Nya bukan hanya memberikan kesenangan kepada kita. Kasih sayangnya luas dengan memberikan ujian yang setimpal dengan kita. Marahkah kita kepada Allah andai kita diuji? Apalah sangat jika nak dibandingkan dengan nikmat yang sangat banyak dikurniakan kepada kita. Nikmat yang ada pun susah nak disyukuri, ...

Masalah...

Malaysia hari ini... masalah sosial... masalah bunuh ahli keluarga... masalah politik... masalah aqidah... masalah... masalah... masalah... Perkara yang haq dan yang batil tak pandai nak bezakan hal-hal agama dipermainkan menyalahgunakan hukum-hukum menyalahgunakan dalil-dalil para ulama' dilemparkan kata-kata yang tidak sewajarnya anak muda... karaoke... kelab malam... racing... rempit... drift... ah...macam-macam lagi la... Wahai manusia... kembalilah kepada al-Quran... kembalilah kepada sunnah Rasulullah S.A.W. Wahai... daie... banyak lagi kerja yang perlu dilakukan... banyak lagi perkara yang perlu dibetulkan... kembalikan orang disekeliling kita kepada jalan yang benar... Wahai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa (Al-Baqarah ayat 21)

Meniup wisel

Dengan nama Allah, Meniup wisel ataupun whistle blowing merupakan pendedahan tentang salah laku dan perbuatan tidak beretika dalam sesebuah organisasi oleh pekerja atau bekas organisasi tersebut. Situasi ini kita dapat lihat di negara kita sendiri. Perasan tak? Jika anda seorang yang sensitif. Ini adalah prosedur di mana jika kita ingin mendedahkan sesuatu kesalahan perlu ada cara yang betul. Terdapat beberapa ciri-ciri utama dalam perbuatan meniup wisel ini. Di antaranya ialah tindakan mendedahkan. Tindakan ini menekankan tentang bagaimana cara seseorang atau sesuatu kelompok mendedahkan permasalahan yang dihadapi.  Seterusnya bahan maklumat. Dari manakah sumber maklumat yang boleh didapati untuk mendedahkan permasalahan etika tersebut? Pastilah dari sumber yang boleh dipercayai dan punyai kaitan dengan masalah etika tersebut.  Selain daripada itu, agen juga penting dalam situasi ini. Agen merupakan orang yang mendedahkan contohnya pekerja atau orang yang me...

Ujian itu strawberry.

Allahu Akbar...Allahu Akbar.... Sayup-sayup kedengaran laungan azan di surau Taman Indah. Penghuni rumah di taman itu ada yang masih lena diulit mimpi. Ada yang bersiap-siap untuk ke surau. Di sebuah rumah yang tersergam indah, penghuninya masih lagi tidur. Zahidah sudah terjaga. Dia menggosok-gosok matanya lantas melihat jam yang menunjukkan pukul 5.45 pagi. Setelah menadah tangan membaca doa bangun tidur, dia mencapai tuala dan terus ke bilik mandi. Suasana sejuk menyelubungi ruang bilik itu. Kokokan ayam yang bersahutan mengejutkan beberapa penghuni yang lain. Ada yang sudah bangun tetapi, melihatkan jam yang padanya masih awal, menyambung tidur semula. Zahidah sudah bersiap-siap untuk menunaikan solat subuh. Terlintas di ingatannya untuk mengejutkan ahli kelarganya yang lain. "Mak dan abah. Dah solat ke belum diorang ek?" Detik hati kecil Zahidah. Lantas dia pun mendaki anak tangga menuju ke bilik emak dan abahnya. Zahidah mengetuk pintu bilik mereka. Tid...

Palestin berdarah lagi

Image
Dengan Nama Allah... Yang Maha Esa, Yang memiliki langit dan bumi, Penguasa timur dan barat,  Yang Maha Mengasihi dan Maha Menyayangi, Yang memberikan nikmat kepada sekalian makhluk, Tiada satu pun yang terlepas dari kasih sayang-Mu,  Yang Maha Menyaksikan, Menyaksikan bagaimana saudara kami di seluruh muka bumi ini, Keadaan mereka di serata tempat, kezaliman, penindasan bermaharaja lela, Sesungguhnya janji-Mu benar, Hancurkanlah musuh-musuh agama yang suci ini, Jangan biarkan mereka melakukan kerosakan, Hanya kepada-Mu kami memohon,  Hanya kepada-Mu kami meminta pertolongan, Hanya kepada-Mu kami meminta perlindungan, Bantulah Islam dan muslimin, Bantulah muslimin di setiap tempat, Bantulah muslimin di Palestin, Bantulah muslimin di Palestin, Bantulah muslimin di Palestin, Hancurkan kuffar, Yahudi, Nasara, dan musyrikin, Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Hancurkan mereka, Bantulah kami ke atasnya.

Semuanya Allah punya.

Bismillah, Alhamdulillah Allah izin lagi jari jemari menaip bait-bait kata, mengilhamkan idea-idea.  Semuanya Allah punya. Lagu Iwan gitu. Yelah, tiada apa yang kita miliki di dunia ni. Kita pinjam je. Nak tengok pun  Allah bagi pinjam mata bagi tengok alam yang indah ni. Kalau Allah tak izin, dapat ke kita tengok mak, ayah, adik-beradik, dan sahabat-sahabat kita? Dapat ke kita tengok warna-warni alam ini? Subhanallah. Allah Ya Rahman. Allah bagi semua nikmat ni pada semua orang. Samada Islam atau yang bukan Islam. Tak ada kurangnya nikmat Allah. Kasih sayang Allah tiada tolok bandingnya. Nak kira nikmat Allah bagi pada kita, tak terkira dik ooii!! Banyak sungguh yang Allah kurniakan pada kita. Kita ni je, macam mana nak guna nikmat yang Allah bagi tu. Sebagai hamba, solat tu tanda kita bersyukur pada Allah. Allah dah jadikan tubuh badan untuk kita dirikan solat. Tak boleh berdiri, duduk. Tak boleh duduk, baring. Gerak-gerakkan sikit badan. Tak boleh gerak-gerak badan, ...

Apa yang penting... kerjasama!

Image
Bismillah... Bulan Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita beberapa hari lagi. Adik-beradik, saudara-mara semuanya akan pulang ke kampung masing-masing.  Adik-adikku semuanya sudah berada di rumah. Opss..ada lagi sorang tak balik lagi. Ya...bakal bergegarlah rumah ni. Hari ni satu gotong-royong telah dijalankan dan di arahkan oleh kak long mereka sendiri. Huh, kak long yang menggunakan kuasa veto sepenuhnya. Hemm...bila lagi nak guna. Ni la masanya. Haha.  Pembahagian tugas diberikan secara adil dan saksama. Mengikut kudrat dan saiz tubuh masing-masing. Ada yang sapu sampah, jemur kain, cuci longkang, cuci almari, buat kuih raya (ni kira gotong royong ke?) dan sapu sampah. Mak dan ayah menyerahkan sepenuh kuasa kepada kak long sambil meninggalkan pesanan berupa tugasan-tugasan seperti di atas. Bagi la chance mak dan ayah nak gi dating . Hehe. Di bulan Ramadhan yang berbaki kurang tiga hari ni, sama-samalah kita memperhebatkan lagi amal ibadah untuk mengejar ...