Posts

Izinkan aku

Subhanallah. Percaturan Allah sangat hebat.  Izinkan aku mengucapkan rasa syukur sebanyak-banyaknya kepada Allah kerana masih lagi mengizinkan aku bernafas dan menjalani kehidupan ini. Ya Allah, izinkan aku untuk menyatakan rasa syukur kepada kerana mengurniakan sahabat-sahabat yang sama-sama dalm susah senang. Perjalanan pulang Menanti tibanya saat pulang ke kampung. Sudah hampir tiga bulan meninggalkan keluarga tersayang kerana menuntut ilmu. Semalam (12 Julai 2012), tiket bas jam 9.00 malam. Siap dibulatkan dengan pen merah lagi. Tanda perlu berada di tempat menunggu bas tepat pada masanya. Puas ku teliti, lalu aku masukkan ke dalam beg tanganku. Dengan semangat penuh membara, tetapi dalam hati ni berdegup kencang. Alamak, jam dah 9 lebih ni. Setibanya di tempat menunggu bas, kelihatan sebuah bas berhenti untuk mengambil penumpang. Betul ke bas tu? Hati ku bertanya. Tak kot. Biasanya bas tu datang lambat. Aku cuba menenangkan diri sendiri. Ditemani sahabat-sahabat ...

Love Words.

Image
Kalimah cinta yang menenangkan. Subhanallah Alhamdulillah Laailaahailallah. Astaghfirullahalazim Lahaulawalaquwwataillabillah Innalillahi wa inailaihi rajiun Allahu Akbar. These are sweet.^^

Aku tak bersedia lagi la...

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, Allah bagi lagi nikmat pada hamba yang lemah ni. Bersyukur sebanyak-banyaknya kerana nikmat yang paling besar adalah nikmat Islam dan Iman. "Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Hadis di atas sekadar ingatan untuk sahabat-sahabat yang disayangi lillahi ta'ala. Hidup sebagai hamba Allah tidak cukup sekadar solat, puasa, haji, zakat dan sebagainya. Hidup ini kena lengkap juga sebagai seorang khalifah yang mentadbir muka bumi ini dengan adil. Seseorang hamba Allah itu juga adalah pemimpin kepada dirinya sendiri. "Tegakkanlah Islam dalam dirimu, nesacya Islam akan tertegak di negara kamu". "Aku masih tak sedia lagi", "Banyak la assignment nak buat", "Tak boleh, aku nak study. Mak ayah aku hantar aku belajar suruh study, bukan main-main".  Mungkin ayat-ayat ni biasa did...

Allah ciptakan perempuan dan lelaki.

Dengan nama Allah, Alhamdulillah denagan nikmat Allah. Terpanggil untuk mengomen tentang satu isu hangat ini. Irshad Manji dan buku-bukunya. Apa yang menarik sangat ni? Nama baru ke lama, saya tak tahu. Beliau penulis buku Allah, Kebebasan dan Cinta. Satu kenyataan beliau tentang gay dan lesbian juga ciptaan Allah. Fuh, panas! Setahu saya Allah ciptakan nisaa' dan rijal. Tetapi,.... Gay dan lesbian apa ye? Wallahua'lam.  Setahu saya lagi Allah ciptakan manusia ni mempunyai fitrah rijal (lelaki) menyukai nisa'(perempuan). Itu adalah fitrah. Lumrah. Tetapi...gay dan lesbian adakah fitrah? Adakah lumrah? Imbas balik sejarah Nabi Luth. Bagaimana kaumnya diterbalikkan. Kerana apa? Kerana mereka melakukan hubungan songsang. Kerana mereka melawan fitrah kejadian mereka. Yang lelaki sukakan lelaki. Nabi Luth menyeru mereka supaya meninggalkan perkara terkutuk itu. Mereka pekakkan telinga. Lantas apa yang Allah bagi? Nah terbalikkan mereka. Tak tahu lah kan na...

BERSIH 3.0

Image
Dengan Nama Allah Yag Maha Pemurah... Alhamdulillah, Allah benarkan aku untuk meneruskan tugasan aku. Baru tahu rasa banyak assignment nak kena siapkan, quiz bertimpa, test berderet. Allah...Allah...Allah... Baru sikit Allah bagi ujian. Dah mengeluh. Haish... Orang yang banyak mengeluh ni tak de rezeki. Bersyukur dengan apa yang ada. Carilah hikmah disebalik kerja-kerja yang berlambak tu. Nah buah tangan dari KL. Dapat juga kongsi pengalaman bersama-sama rakyat Malaysia menuju ke Dataran Merdeka. hari sabtu orang cuti, Tapi ada orang menjual. Ya, keuntungan datang  berganda! Melayu, Cina, India- Sama-sama turun padang. Subhanallah. Ramainya. Tak lupa juga anak muda ni. Sebelum menuju ke destinasi, saya dan sahabat-sahabat memasuki sebuah restoran bersebelahan dengan bangunan SOGO. Di awal pagi dalam jam 8, keadaan masih lagi tenang. Walaupun polis sudah kelihatan. Jam 9 ke 10 pagi trak polis melintasi kawasan SOGO. Ada dalam 2 ke 3 trak. Siap sedia untuk...

UTMost Imagination ***

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Hari ini hari ketiga (31 Mac 2012) karnival kreatif dan inovasi, UTMost Imagination. Hari ini saya bertugas pada waktu pagi. Subhanallah, hujan turun tidak henti-henti. Terketar-ketar bawa motor. Alhamdulillah, selamat sampai di padang kawad. Tapak karnival dibasahi hujan. Saya dan sahabat saya menuju ke khemah utama untuk memulakan tugas. Wah, sejuk. Sebelum tu, ronda-ronda dulu booth yang ada. Chemical Garden dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains. Pertandingan Mewarna Hasil Karya Cantik adik ni lukis. Lampu LED Pelajar sekolah sedang menguji minda. Hujan, tapi masih ramai yang turun padang. Lihat imej 3D Pusing-pusing. Pening eh tengok.  Sebelum balik, makan aiskrim. Walaupun  batuk, ini adalah salah satu ubat.hehe... Alhamdulillah, penat tapi aiskrim punya pasal hilang rasa penat. =) Cukup dulu coretan pada hari ini. Will be continued tomorrow (1 ...

UTMost Imagination **

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Hari ini hari kedua (30 Mac 2012) berlangsungnya karnival keratif dan inovasi, UTMost Imagination. Pelbagai aktiviti menarik yang sempat dirakamkan sepanjang hari saya menjadi pemberi sticker UTMost ni. Fuhh,,, menarik, menarik. Pada sesi pagi, terdapat krew TV3 yang membuat liputan melalui rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Tak tahu macam mana keadaannya. Hanya mendengar khabar berita sahaja bahawa TV3 akan buat liputan. OK, tak pe. Tiada liputan daripada saya untuk itu. Jadi terus ke sesi petang. ~~,. Sebelum memulakan tugas. Ambil gambar dulu. Antara gerai yang ada. Seperti biasa, memberi sticker sambil memerhati pelbagai ragam manusia amat menyeronokkan.^^,  Tiba-tiba ada maskot Boboi Boy pulak menunjukkan muka di padang kawad ni. Tak semena-mena sekeping dua gambarnya diambil olehku. Rezeki kami murah hari ini. Dapat aiskrim percuma daripada kakakku Edelin. Alhamdulillah. Nampak...