Posts

UTMost Imagination **

Image
Assalamualaikum, Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Hari ini hari kedua (30 Mac 2012) berlangsungnya karnival keratif dan inovasi, UTMost Imagination. Pelbagai aktiviti menarik yang sempat dirakamkan sepanjang hari saya menjadi pemberi sticker UTMost ni. Fuhh,,, menarik, menarik. Pada sesi pagi, terdapat krew TV3 yang membuat liputan melalui rancangan Malaysia Hari Ini (MHI). Tak tahu macam mana keadaannya. Hanya mendengar khabar berita sahaja bahawa TV3 akan buat liputan. OK, tak pe. Tiada liputan daripada saya untuk itu. Jadi terus ke sesi petang. ~~,. Sebelum memulakan tugas. Ambil gambar dulu. Antara gerai yang ada. Seperti biasa, memberi sticker sambil memerhati pelbagai ragam manusia amat menyeronokkan.^^,  Tiba-tiba ada maskot Boboi Boy pulak menunjukkan muka di padang kawad ni. Tak semena-mena sekeping dua gambarnya diambil olehku. Rezeki kami murah hari ini. Dapat aiskrim percuma daripada kakakku Edelin. Alhamdulillah. Nampak...

UTMost Imagination *

Image
Assalamualaikum... Alhamdulillah atas segala nikmat. Subhanallah, penatnya hari ni. Saya dan sahabat-sahabat ditugaskan untuk menjaga pintu masuk di padang kawad sempena UTMost Imagination, festival inovasi dan kreativiti. Satu pengalaman baru dan menyeronokkan setakat ini. Hari ini 29 Mac 2012, merupakan hari pertama festival ini berlangsung. Sepanjang program ini, pelbagai acara menarik dijalankan. Hari ini sahaja ada beberapa pertandingan yang melibatkan fakulti di UTM ini. Sekadar menjaga pintu masuk utama, tengok dari jauh je la. Macam-macam rekacipta yang dipersembahkan. Kreatif, kreatif. =) Disamping itu, terdapat juga booth yang menjual makanan. Sesiapa yang kelaparan, kebuluran dan kedahagaan, bolehlah singgah jamu selera. Kafe Mak Jah pun ada. Don't worry be happy. Tak lupa juga tempat solat. Surau yang paling hampir terletak di Rumah Alumni. Nak jauh sikit Surau KTC S01. Nak lagi jauh Masjid Sultan Ismail la. =] Pengunjung yang datang mempunyai pelbagai ...

Sedar diri!

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah berikan. Dengan kasih sayang-Nya dapatlah hamba-hamba-Nya merasai nikmat yang pelbagai. Sedarkah kita, selama kita hidup di atas muka bumi ini, kita hanya berpijak di alam fantasi. Hanya FANTASI!! Kenapa? Di mana letaknya Al-Quran dan As-Sunnah dalam hidup kita? Di mana letaknya akhlak mulia daripada Rasulullah S.A.W? Jadi selama ini, apa yang kita lakukan? Apa yang kita ikuti? Akhlak siapa yang kita contohi? Apa tujuan kita diciptakan sebenarnya? Semuanya Allah dah beritahu dalam Al-Quran. Allah dah tegaskan saat malaikat meragui kenapa Allah nak cipta manusia yang bakal membuat kerosakan. Allah lebih mengetahui. Sejak penciptaan Nabi Adam manusia sudah membuat kerosakan. Melalui nabi-nabi yang lain, manusia sentiasa menzalimi dirinya sendiri. Allah mengutuskan nabi-nabi untuk menyeru ummatnya supaya kembali mengabdikan diri kepada Allah. Sehingga Nabi Muhammad diutuskan kepada ummatnya, manusia masih lagi ...

Pilih

Image
Bila diri diuji untuk memilih. Sesungguhnya memilih itu sangat sukar bagi diriku. Manakan tidak, barang yang kita tidak tahu masa hadapannya bagaimana. Baik atau buruk kesudahannya. Tetapi, alasan tidak tahu masa hadapan itu bukanlah satu penyelesaian untuk tidak memilih. Perlu adanya istikharah. Mengadu pada Yang Maha Kuasa. Allah yang menurunkan ujian ini. Dia sahaja yang tahu bagaimana hamba-Nya mencari solusi. Ujian itu tidak akan diturunkan di luar kemampuan seseorang. Pasti ada jalan untuk menyelesaikan. Sudah banyak kali rasanya dicoretkan dalam ruangan ini. Perbincangan dengan orang yang dapat memahami situasi kita merupakan salah satu bentuk istikharah. Buatlah perbincangan dengan orang yang kita percayai. Mintalah pendapat daripada orang yang kita percayai itu. Boleh jadi itu adalah salah satu cara Allah ingin menunjukkan kepada kita jalan penyelesaian. Usaha perlu ada.  "Kupu-kupu tidak pernah tahu warna sayapnya tetapi orang tahu betapa indahnya...

Menikmati nikmat Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas segala nikmat. Allah sahajalah yang berkuasa atas segala sesuatu. Atas rahmat-Nya membenarkan hamba yang lemah ini mencoret berpatah-patah kata. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan Nabi Muhammad S.A.W. dan ahli keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Syukur ada mata. Syukur ada telinga. Syukur ada kaki. Syukur ada tangan. Syukur ada hidung. Syukur ada mulut. Syukur ada otak. Syukur ada anggota badan yang sempurna. Alhamdulillah atas segala nikmat ini. Bagaimana kita menghargai kurniaan ni? Berapakah harga yang Allah letakkan untuk kita mensyukuri nikmat ini? Ada  bil? Subhanallah. Allah Maha Pemurah. Lalu, kita sebagai hamba yang lemah ini, sepatutnya, sewajarnya, dan sewajibnya mensyukuri nikmat Allah. Bagaimana? Apalah gunanya mata jika melihat perkara-perkara maksiat? Bukankah sudah diarahkan untuk tunduk? Jagalah pandangan wahai muslimin dan muslimat. Namun, jika terlihat maksiat, tidak wajar pula jika ia dibiarkan. D...

Seronoknya ada pengalaman

Image
Dengan Nama Allah... Alhamdulillah, dapat lagi merasai nikmat Allah yang Maha banyak ni. Tak terhitung. Cuti semester yang ...yang ape ye....hemm...macam biasa la..duduk rumah je. Time aku cuti, adik-adik aku pergi sekolah. Time adik-adik aku cuti sekolah, aku ada kat U pulak. Bila la nak cuti panjang sama-sama... Nasib baik la ada buku-buku yang nak ngadap. Kawan dengan buku la nampaknya. Buku 4 Pemimpin Ajaib tulisan Umar Hafiz menjadi teman sebelum tidur. Ayat-ayatnya yang mudah difahami menambahkan lagi keseronokan membacanya.=) Kisah 4 pemimpin yang sangat hebat ini, Saidina Abu Bakar As-Siddiq R.A., Saidina 'Umar Al-Khattab R.A., Saidina 'Usman bin Affan R.A., dan Saidina 'Ali Bin Abu Talib Karamallahuwajhah boleh dijadikan panduan, iktibar dan sifat-sifat peribadi mereka boleh juga dicontohi. Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Rasulullah S.A.W. yang sangat karib, rapat dan setia. Beliau merupaka sahabat nabi yang terawal memeluk Islam....

سبحان الله

Image
[Hujan turun lebat] Kakak, kenapa hujan?  [Sambil mendongak ke langit] Allah yang jadikan.  [Ringkasnya jawapan kakak] Tapi, macam mana?  [Adik tak puas hati] Air laut yang diangkut oleh angin ke ruang udara. Kemudian terbentuk awan. Bila air hujan menjadi sangat berat ia jatuh ke bumi. Dan sekarang adik dapat lihat kan, air hujan. Hebatnya.  [Adik kagum] Subhanallah. Hebatkan Allah? Dah lama Allah beritahu perkara ni dalam al-Quran. [Adik tersenyum.Kemudian...] Kakak, adik lapar.  [Sambil memegang perut] Adik, kakak akan cari makanan nanti ye. Sabar dulu. Hujan lagi ni.  [Kakak mengusap kepala adik. Hatinya sayu apabila adik meminta makanan. Ya Allah permudahkan kakak dan adik] Emm...baiklah kakak. [Adik tunduk] Adik, hujan ni satu rahmat Allah. [Kakak cuba menggembirakan adik] Allah turunkan hujan untuk hamba-Nya beroleh rezeki. Tanam-tanaman hidup subur. Kadang-kadang menjadi ujian. Hujan yang sangat lebat dan boleh jadi banjir...