Posts

Seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya.

Image
Nama sebenarnya Yusof, lahir di Tikrit (Iraq) pada tahun 543H atau 1138M. Ayahnya, Najmuddin Ayyub yang berbangsa Kurdis berasal dari Azarbaijan. Datuknya berpindah ke Baghdad dengan membawa dua orang putera bernama Najmuddin Ayyub (ayah Salahudin) dan Asadudin Syirkuwah. Kemudian ayahnya dilantik menjadi gabenor di Tikrit dan Asadudin dilantik menjadi panglima tentera. Sejak kecil, Salahudin diasuh oleh bapa saudaranya, Asadudin dengan ilmu ketenteraan dan diasuh oleh ayahnya dengan ilmu agama. Semasa kecil sehingga meningkat remaja, kehidupan Salahudin sama seperti kanak-kanak yang lain kerana tidak ada tanda-tanda dia akan menjadi masyhur apabila dewasa kelak. Lane-poole seorang ahli sejarah Inggeris menulis mengenai Salahudin. "Sebagai anak kepada gabenor yang disukai raja, beliau memang menduduki tempat istimewa tetapi beliau tidak menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Sebaliknya beliau mempamerkan contoh jiwa yang tenang dan menjauhi kelesuan pemikiran ...

Bangunlah, jangan lemah!

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah atas nikmat dan peluang yang diberikan kepada aku untuk mencoret di ruangan ini. Semuanya dengan izin Allah S.W.T.  Dalam hidup ini tak semua perkara kita suka. Tak semua perkara kita tak suka. Perkara yang kita tak suka tu tak semestinya tak baik untuk kita, dan perkara yang kita suka tu tak semestinya baik untuk kita.  "Tetapi, boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah, 2:216) Subhanallah. Allah dah bagi tahu akan keadaan kita. Kadang-kadang kita ni selalu mengeluh. Kenapa la banyak sangat masalah? Kenapa la kawan aku macam ni? Kenapa la itu, ini. Macam-macam lagi la. Tapi, pernah ke kita fikir, kenapa semua benda ni jadi pada aku? Pernah ke kita cuba tenangkan hati kita, dengan bersangka baik atas setiap kejadian yang berlaku pada diri kita?  Allah tak jadikan s...

Kenapa jadi cam ni?

بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, atas nikmat yang masih Allah bagi pada hambanya yang lemah ini. Lama kiranya hamba meninggalkan laman yang banyak sawang ni. :P... Tetibe je rase terkilan dan sakit jugak la hati ni, bila tengok kawan-kawan yang obses sangat meletakkan gambar yang tak menutup aurat di laman muka buka dorang. Kalau setakat dorang je yang tengok xpe. Bila sampai je mata empat ni tengok, panas sangat...Huuu...(amik wudhuk sat). Nak sedap lagi, tengok komen kawan lelaki dorang. Tu yang dimahukan sebenarnya kan. Puji-memuji bagai. Allah, bagi hidayah pada kawan2 aku ni. Mana letakknya rasa malu yang Allah campakkan dalam diri seorang wanita? Sebagai seorang muslimah, hamba nak menegur sahabat2, rakan taulan, n kawan2 yang hamba sayangi kerana Allah, tolong la jangan letak gambar tanpa menutup aurat dengan sempurna. Macam ni je la kuasa yang ada pada hamba. Menulis kat blog yang sepi ni. Terbaca tu nasib, ambillah sebagai nasihat yang amat berguna. Harap sangat dap...

Sakinah...Muhasabah diri anda...

Image
Dimulakan dengan nama Allah... Allahu Akbar! seorang insan yang bernama di atas... sila pastikan anda sentiasa muhasabah diri anda... Mutabaah amal... Sila jaga... Dilarang sama sekali untuk membuang masa... Masa yang telah berlalu tak akan dapat diundur kembali... Muhasabah diri anda... Selama anda menjadi manusia yang serba kerdil dan lemah, janganlah bersifat riak, takbur, sombong, ujub, dan segala macam sifat mazmumah yang tercela tu... sila hindarkan daripada sekalian sifat itu... Jauhi maksiat... Ingat dan yakinlah bahawa dengan Allah sahaja tempat mohon pertolongan, perlindungan... Hanya Allah... Bersyukur pada Allah di setiap waktu.. helaan nafas Allah kurniakan tu bukan boleh beli kat mana-mana... Allah bagi percuma lagi tu... Nak bayar balik? Jangan berangan la... seluruh isi alam ni x mampu nak bayar balik... Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulilah... Urusan dengan manusia... Sila pastikan hubungan baik anda sesama...

Bantu aku, Ya Allah.

Image
"Ya Allah,  aku meminta dengan ilmu yang ada pada-Mu,  pilihan yang terbaik bagiku. Aku minta ditetapkan urusanku ini sesuai kehendak-mu. Aku memohon kurnia-Mu yang agung,  kerana Engkaulah yang menetapkan,  sedang aku tidak boleh menetapkan. Engkau tahu sedang aku tidak tahu. Engkaulah yang mengetahui tentang perkara-perkara ghaib." "Wahai Allah,  bila menurut-Mu urusan ini baik bagi diriku, agamaku, kehidupanku dan juga baik akibatnya, maka tetapkanlah hal  itu untukku." "Namun, jika menurut-Mu urusan ini buruk bagi diriku, agamaku, kehidupanku  dan juga buruk akibatnya,  maka jauhkanlah hal itu dariku dan jauhkanlah aku dari hal itu. Tetapkanlah selalu kebaikan untukku, biar apapun keadaannya lalu jadikanlah aku reda kepadanya.  

Majlis Perujian Tilawah Al-Quran, MAKUM 2011

Image
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Jom sama-sama memeriahkan.

Seharusnya...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Mulai terasa tanggungjawab semakin besar. Cuba mengadaptasi dengan suasana. Cuba menjadi lebih tabah.  Amanah yang sangat berat.  Meninggalkannya amatlah buruk impaknya. Didik diri menjadi lebih sistematik. Tersusun rutin harian. Tak perlu nak dengar ugutan-ugutan atau hasutan luar. Buang masa je. Masalah ummat lagi penting. Mungkin hasutan tu satu masalah ummat juga. Cuba cari pendekatan yang lebih baik. Sentiasa muhasabah diri. Kesalahan orang lain, mungkin berpunca dari diri kita sendiri. ~~~ketenanganN~~~ (hari ni lebih baik dari hari semalam)