T_T
Aku masuk ke ruang solat utama masjid. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu mencari telekung untuk digunakan ketika solat nanti. Ada yang terus sarung, ada yang simpan di beg masing-masing sementara mengambil wudhuk. Aku duduk sambil menyandar di dinding. Posisi yang ku pilih adalah berhampiran dengan pintu masjid. Ah, enaknya jika dapat melelapkan mata buat seketika. Iqamat berkumandang. Aku tidak sempat untuk tidur. Segera aku mengenakan kain telekung dan memasuki saf-saf yang lompang. Alhamdulillah. Saf dirapatkan. Terasa segar. Kekuatan merapatkan saf ketika solat dapat mengecas semula tenaga untuk kembali bekerja. Usai solat, aku berundur beberapa langkah. Mengambil tempat yang jauh sedikit daripada laluan manusia-manusia untuk keluar. Sekali lagi aku memilih tempat menyandar iaitu tiang. Aku lentokkan kepala sambil mendengar ta'alim yang disampaikan oleh imam solat sebentar tadi. Selang beberapa minit. Ayat-ayat yang disampaikan imam itu menyentuh hati aku. Air mataku ...