Di mana aku di saat ummat tenat?

Sakit betul ujian. Ye.. sabarlah Sakinah, ujian itu untuk Allah tengok sejauh mana kesabaran kamu untuk tempuhi ujian tu. Anda yang minta sendiri kan? (Emm..Angguk kepala) Alhamdulillah, setelah keluar daripada keperitan rohani yang sakit, aku seperti pulih kembali daripada sakit yang tenat. Allah, sakit sangat. Sakit ni lebih sakit daripada demam sekarang ni. Hanya Allah je tahu. Keperluan untuk muhasabah diri setiap malam. Itu satu amalan yang seharusnya dilakukan bagi menilai diri apa yang telah kita lakukan seharian. Memang tak terhitung dosa-dosa yang terkumpul. Bertaubatlah segera. Hidayah Allah untuk hamba-Nya memang tak terjangka. Sayang-Nya pada hamba ini memberikan lagi ruang untuk bertaubat. Ayuh, kembali semula kepada mood perjuangan! Inilah hidupku. Aku ingin berjuang sehingga ke titisan darah terakhir. Aku ingin merasakan pahitnya perjuangan kerana dicaci maki. Aku ingin merasakan manisnya perjuangan di saat melihat kemenangan pejuang Islam. Aku ...